Zionis Tembak Mati Warga Palestin Atas Sangkaan Cuba Melanggar

AL-QUDS, 20 May 2015 (Ma’an) — Pasukan keselamatan Zionis menembak mati seorang warga Palestin di kejiranan al-Tur di Bukit Zaitun, timur Kota Lama Al-Quds. Beliau didakwa cuba melanggar pegawai keselamatan sempadan dengan menggunakan kenderaan Land Cruiser yang dipandunya.

Jurucakap polis Zionis, Micky Rosenfeld, dalam kenyataannya menyebut Omran Omar Abu Dheim, 41 tahun, cuba melanggar dua orang pegawai tersebut, menyebabkan mereka tercedera ringan. Omran Omar ditembak di simpang jalan utama al-Tur dan pihak Zionis segera bertindak menutup kawasan tersebut serta menghalang orang ramai memberi bantuan perubatan. Mereka yang cuba masuk ke kawasan tersebut untuk membantu mangsa turut ditembak dengan bom kejutan.

Omran Omar, yang berasal dari kejiranan Jabal al-Mukabbir di Al-Quds Timur, mati di tempat kejadian.

Saksi di tempat kejadian menafikan dakwaan pihak Zionis bahawa Omran Omar cuba melanggar pegawai terbabit, sebaliknya beliau cuba membuat pusingan U di tengah jalan tersebut.

Sejurus selepas insiden tembakan tersebut, pasukan keselamatan dan perisik Zionis dilaporkan menceroboh masuk ke dalam beberapa buah kedai di al-Tur dan merampas kamera keselamatan yang merakam kejadian tembakan tersebut.

omran-3

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts