Zionis Terus Halang Rakyat Palestin Memasuki Al-Aqsa

aqsaBAITULMUQADDIS, 18 Sept 2012 — Pihak keselamatan rejim Zionis Yahudi yang berkawal di pintu masuk utama Masjid Al-Aqsa terus menyekat kemasukan umat Islam Palestin ke masjid mulia itu. Selama tiga hari berturut-turut rakyat Palestin yang berumur kurang daripada 45 tahun dihalang memasuki kawasan masjid.

Polis Zionis Yahudi membina sekatan sebagai pusat pemeriksaan berhampiran pintu utama untuk memeriksa dokumen pengenalan setiap rakyat Palestin yang cuba memasuki kawasan masjid tersebut. Sedangkan pada masa yang sama pendatang Yahudi dan pelancong asing dibenarkan memasuki kawasan masjid melalui Bab al-Magharbeh, lengkap dengan kawalan keselamatan oleh Unit Khas Zionis Yahudi.

Dalam kejadian berkaitan, pemuda-pemuda Palestin yang berada di kawasan masjid telah dikejar oleh pasukan polis Yahudi yang diketuai oleh seorang pegawai kanan mereka. Menurut laporan seorang pengawal masjid, pemuda-pemuda tersebut telah ditahan berhampiran pintu al-Matahara dan disoal siasat tentang bagaimana mereka memasuki kawasan masjid suci itu. Dokumen pengenalan mereka dirampas kerana enggan meninggalkan kawasan masjid.

Walaupun mereka berhadapan dengan sekatan dan halangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa rejim pengganas Zionis Yahudi, sebahagian rakyat Palestin masih berjaya memasuki Masjid Al-Aqsa. Mereka mempertaruh nyawa dan darah demi menjaga kemuliaan Al-Aqsa dan bumi Palestin daripada agenda jahat Yahudi.

Adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk turut membantu usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts