Zionis Tingkat Cengkaman ke Atas Al-Quds Dengan Dana $90Juta

al-qudsAL-QUDS, 29 Jun 2014 — Kabinet rejim Zionis Ahad lalu meluluskan pelan pembangunan sosio-ekonomi untuk al-Quds Timur berjumlah $90 juta. Pembangunan tersebut memberi fokus kepada langkah peningkatan keselamatan dan penambahan polis kawalan.

“Salah satu tujuan perancangan yang diluluskan adalah untuk mengurangkan kejadian keganasan dengan mengadakan aktiviti-aktivi bersepadu yang dapat mengurangkan jurang perbezaaan dalam infrastruktur, pekerjaan, pendidikan dan kebajikan sosial, dan juga dengan meningkatkan penguatkuasaan dan bilangan pegawai keselamatan,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya rejim Zionis di sini.

Langkah ini sekaligus akan mengukuhkan lagi cengkaman Zionis ke atas al-Quds Timur di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Mereka menganggap keseluruhan kota suci umat Islam itu sebagai ibukota abadi bagi kaum Yahudi.

Rejim Zionis menakluk kawasan al-Quds Timur dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967, dan kemudian menjadikannya sebagai sebahagian daripada kawasan negara haram mereka.

Sekitar 306,000 rakyat Palestin tinggal di kawasan tersebut, merangkumi 38% daripada jumlah semua penduduknya. Mereka hanya mendapat status sebagai penduduk tetap dan bukan warganegara, di mana mereka diberikan kad pengenalan negara haram Zionis dan tidak berhak mendapat pasport negara tersebut. Mereka juga tidak ada hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, tidak seperti saudara mereka di Tebing Barat dan Gaza, penduduk Palestin di al-Quds Timur ini bebas bergerak di dalam negara haram Zionis itu.

Terdapat sekurang-kurangnya 200,000 orang Yahudi tinggal di penempatan-penempatan haram di sini. Bahkan kerajaan Zionis tidak menganggap pembinaan untuk Yahudi di al-Quds Timur sebagai aktiviti pembangunan penempatan.

—–

Sumber : Maan

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts