Zionis tingkat kehadiran polis dan pemasangan kamera keselamatan di al-Quds Timur

AL-QUDS, 10 Ogos 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis akan meningkatkan bilangan balai mereka dan pemasangan kamera keselamatan di kawasan al-Quds Timur.

Lima buah balai polis baharu akan dibuka di kejiranan Ras al-Amud, Jabal Mukaber, Silwan, Issawiya dan Sur Baher, yang menyaksikan banyak pertempuran sejak tercetusnya Intifadah al-Quds.

Sehingga kini, polis Zionis tdak mempunyai sebarang balai di al-Quds timur kecuali di kawasan Kota Lama.

Sementara itu ratusan kamera keselamatan baharu akan dipasang di seluruh kota suci untuk tujuan memberi perlindungan kepada pendatang Yahudi di al-Quds Timur serta mengawal pergerakan penduduk Palestin di kawasan kejiranan mereka.

Menteri Keselamatan Awam Zionis, Gilad Erdan dalam kenyataan beliau menyebut, “Kedaulatan kita [negara haram Zionis] bermula dengan memastikan kedaulatan ke atas al-Quds.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts