Zionis Tingkat Serangan Ke Atas Gaza

gaza-01GAZA, 3 Julai 2014 (AlRay | IMEMC) — Jet-jet tentera udara Zionis menyerang beberapa kawasan di Gaza awal pagi tadi, mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang awam termasuk seorang wanita hamil.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf al-Qedra, dalam kenyataan beliau menyebut bahawa lima orang awam tercedera dalam serangan di kawasan ladang di Beit Lahia di utara Gaza manakala tiga lagi tercedera dalam serangan di kawasan Safina di barat laut Gaza.

Helikopter Apache tentera Zionis turut mengebom beberapa kawasan lapang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts