Zionis tutup sekatan dan isytihar zon larangan tentera di al-Khalil

AL-KHALIL, 3 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi ini menutup sekatan pemeriksaan Jalber dan mengisytihar kawasan Tel Rumeida di al-Khalil sebagai zon larangan tentera atas alasan sambutan musim perayaan Yahudi.

Sekatan Jalber merupakan laluan masuk ke kejiranan Tel Rumeida, sekaligus menghalang pergerakan penduduk dan pelajar Palestin.

Pendatang Yahudi akan mengadakan perarakan menyambut perayaan Rosh Hashanah sepanjang bulan Oktober.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts