16 penduduk Tebing Barat dan al-Quds diculik

BEIT LAHM, 6 Julai 2017 (Maan) — Sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin diculik dalam operasi tentera Zionis di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di wilayah Salfit, tentera penjajah menyerang perkampungan al-Zawiya dan Qarawat Bani Hassan, di mana beberapa buah rumah penduduk dipecah masuk dan digeledah. Dalam serbuan tersebut, tentera Zionis merosakkan perabut serta menyoal siasat kanak-kanak dan wanita selama lebih dua jam.

Tentera Zionis turut menyita dua buah bengkel besi di bandar al-Ram, al-Quds, atas tuduhan digunakan untuk membuat senjata. Dua orang diculik dari bandar tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts