TEL AVIV, 29 Julai 2015 (MEMO) — Lebih 200 Yahudi dari Peracis tiba di negara haram Israel semalam, dengan menaiki pesawat khas yang diuruskan oleh Kementerian Aliyah [Penghijrahan Yahudi] Dan Kemasukan Imigran.
Mereka bakal menempat di kota Netanya di sebelah utara, dan juga Tel Aviv, Al-Quds, Ashdod dan Ra’anana.
Kenyataan menteri berkaitan, Ze’ev Elkin, menyebut, “Pesawat yang membawa 200 pendatang dari Perancis ini hanyalah satu daripada banyak lagi ketibaan pada musim panas ini.” Separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Tahun 2015 menyaksikan peningkatan mendadak kemasukan pendatang Yahudi buat dua tahun berturut-turut. Seluruh jentera pemerintahan rejim Zionis berusaha meningkatkan lagi bilangan pendatang dan menyediakan lebih banyak kemudahan bagi menggalakkan kemasukan mereka. “Tahun ini kita bersedia untuk menerima antara 30,000 hingga 35,000 pendatang dari seluruh dunia, paling banyak dalam abad ini,” kata Ze’ev Elkin.
Lebih 20,000 Yahudi Perancis berpindah ke Israel sepanjang lima tahun lalu.
Pada 16 Februari lalu, rejim Zionis mengumumkan kelulusan satu perancangan khas untuk menggalakkan Yahudi dari Perancis, Belgium dan Ukrain berhijrah pada tahun 2015.