2010 Tahun Keruntuhan Masjid Al Aqsa?

al aqsa under attackJawatankuasa Jerusalem dari Dewan Legislatif Palestin (PLC) pada hari Rabu (27/1) yang lalu memperingatkan bahawa tahun 2010 akan menjadi saksi lebih banyak pelanggaran Israel ke atas Palestin dan meningkatnya serangan terhadap kota Jerusalem yang diduduki, terutama berkaitan dengan perancangan jahat mereka untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa .

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa itu mengatakan bahawa penggalian yang dilakukan Israel di bawah tanah semakin meningkat sehingga akan menyebabkan lubang dan rekahan dalam skala besar di dalam Masjid Aqsa. Jawatankuasa tersebut mengekspresikan akan kekhuatiran mereka bahawa Israel akan segera menghancurkan Masjid suci itu melalui penciptaan gempa bumi buatan di wilayah Negev.

Jawatankuasa tersebut menyeru kepada organisasi konferensi Islam dan Liga Arab untuk mengadakan konferensi dan pertemuan darurat bagi membahas situasi yang semakin kritikal di Jerusalem serta ancaman Israel terhadap Masjid Aqsa.

Jawatankuasa juga meminta agar PBB membahas masalah kota suci dan masjid Al-Aqsa ke dewan keamanan PBB untuk mengaktifkan tekanan undang-undang antarabangsa ke atas Israel.

Jawatankuasa juga mendesak dewan keamanan, sidang umum PBB dan UNESCO untuk menghantar pasukan pencari fakta ke kawasan Masjid Al Aqsa agar dapat mengeluarkan laporan lengkap tentang pelanggaran yang dilakukan Israel di kota tersebut. (mirzah/pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts