3 pemuda Baitulmaqdis dihukum penjara dan denda berat

BAITULMAQDIS, 25 Jan 2018 — Mahkamah Pusat Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda berat ke atas tiga pemuda Palestin dari Baitulmaqdis, selepas disabitkan bersalah membunuh seorang pendatang Yahudi.

Mohamed Abu Kaf dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak 50,000 shekel (RM58,700). Manakala Walid al-Atrash pula dihukum penjara selama 13 tahun dan denda sebanyak 50,000 shekel. Sementara Ali Issa dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan denda sebanyak 25,000 shekel.

Ketiga-tiga mangsa ditangkap pada bulan September 2015 atas tuduhan terlibat dalam kejadian membaling batu ke arah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pendatang Yahudi berdekatan bandar Sur Baher, sehingga menyebabkan beliau mati.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts