4 kanak-kanak al-Quds cedera dilanggar kenderaan pendatang Yahudi

AL-QUDS, 10 Ogos 2017 — Seorang pendatang Yahudi merempuh sekumpulan kanak-kanak Palestin dengan kenderaannya di Jalan al-‘Ein di bandar Silwan yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa petang tadi, mencederakan empat daripada mereka termasuk dua beradik.

Saksi mendakwa pendatang Yahudi tersebut sengaja merempuh kanak-kanak, sebelum memecut lari.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Hadassah.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts