400 pesakit di Gaza berhadapan dengan kematian

International Middle East Media Center (IMEMC) melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah mengumumkan sejumlah 400 orang pesakit di unit rawatan intensif (ICU) sedang berhadapan dengan kematian akibat sekatan yang dikenakan oleh rejim pengganas Israel.

Kementerian tersebut menyebut bahawa 400 pesakit tersebut kini berada dalam keadaan kritikal kerana hospital dan pusat perubatan tidak mendapat bekalan ubatan dan peralatan perubatan asas. Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan persatuan perubatan antarabangsa didesak supaya bertindak untuk menghentikan sekatan ini dan membenarkan bekalan perubatan dibawa masuk.

Kementerian Kesihatan turut menyatakan bahawa ratusan pesakit perlu dipindahkan segera ke hospital-hospital lain di luar Gaza.

Sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel sejak bulan Jun 2007 mengakibatkan krisis kemanusiaan ke atas 1.5 juta rakyat Gaza. Hampir 400 orang pesakit, kebanyakannya dari kalangan kanak-kanak dan warga emas, telah terkorban akibat sekatan yang berterusan ini. Sementara ratusan pesakit lagi masih menanti untuk dipindahkan ke hospital-hospital di luar Gaza. (mn/IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts