Perjuangan Palestin Bergema di Moscow

Moscow, 1 Sept –  Menarik juga apabila permasalahan Palestin turut diperjuangkan di bumi Moscow, Rusia apabila ada komunitinya menghidupkan Hari al Quds Sedunia dengan menyelenggarakan meja berantai yang menggambarkan bahaya dan ancaman yang mengelilingi kota suci al Quds.

Program ini disertai oleh para jurnalis dan orientalis Rusia. Selain itu juga diselenggarakan aksi solidariti yang melibatkan komuniti Arab dan Islam serta warga Rusia yang mendukung Palestin dan keadilannya.

Pengarah Pusat Peradaban di Institut Moskow untuk Hubungan Antarabangsa, Viniamin Popov, dalam ucapannya mengatakan bahawa masalah al Quds sentiasa menjadi masalah penting dan sensitif dalam hal politik. Dia mengatakan bahawa perdamaian tidak dapat dicapai tanpa solusi bijaksana untuk masalah al Quds.”

Dalam konteks ini, Popov, menyatakan telah didirikan badan amal Kristian-Muslim di Dewan Federal Rusia pada Julai lalu, yang terdiri daripada tokoh sosial, ilmuwan dan perwakilan dari Gereja Ortodoks dan komuniti keagamaan Islam yang dipimpin oleh Wakil Ketua Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Islam, Beck Oslahanov.

Ketua perwakilan budaya Republik Islam Iran di Rusia, Abuzar Ebrahimi, menegaskan bahawa isu al Quds sangat penting bagi dunia Islam dan memiliki peranan sentral dalam apa yang disebut “membangunkan negara-negara Arab”. Dia mengatakan bahawa revolusi di Timur Tengah yang tercetus di negara-negara yang pemerintahnya gagal menguruskan isu Palestin.

Dia menegaskan bahawa rakyat Palestin memiliki hak untuk menentukan nasib sendiri. Dia  mengatakan, “Masyarakat antarabangsa telah menyedari dan membezakan antara kebohongan dan kebenaran, bukti terbaik dari dukungan bagi al Quds secara antarabangsa adalah apa yang terjadi saat ini.”

Tokoh media terkenal di Rusia, Maxim Shevcheko, yang mendapat ancaman pembunuhan dari mantan presiden Kongres Yahudi Rusia Yevgeny Satanovsky, menyatakan bahawa “Israel tidak setuju gagasan ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh media antarabangsa pada umumnya dan Rusia pada khususnya.”

Dia menambah, “Realitinya lebih dari tiga puluh peratus dari orang Israel setuju untuk pendirian negara Palestin.” Selain itu dia menyatakan bahawa “nasib dunia berkaitan dengan Palestin dan rakyat Palestin, jika anda membela kebenaran di Tanah Suci Palestin, maka tuhan akan memberimu rezeki.” (PIP/asw/din/krnp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts