AL-QUDS, 5 Julai 201i (PIC) — Polis penjajah Zionis menangkap enam pemuda Palestin di sebuah sekatan tentera di selatan kota al-Quds, atas tuduhan merancang untuk membuat serangan.
Kenyataan polis Zionis menyebut bahawa sebuah kenderaan dirampas di sekatan Mizmoriya apabila mereka menjumpai sebuah beg yang mengadungi pisau, beberapa butir bom Molotov dan grenad pelali di dalamnya.
Polis mendakwa enam pemuda yang berasal dari kota Nalus itu merancang untuk membuat serangan di kota al-Quds.