61 Tahun Menunggu, Akhirnya Masjid Terbina Kembali

Akhirnya setelah 61 tahun, desa Akbara di Palestin berjaya membina sebuah masjid. Masjid ini adalah pengganti masjid yang telah dihancurkan oleh Israel pada tahun 1948.

Desa Akbara, terletak 2.5 kilometer dari Safad, diledakkan dan dihancurkan pada tahun 1948. Semenjak dari itu, tidak ada lagi masjid yang dibangunkan dan rakyat menggunakan radio untuk mengetahui waktu solat, kata Ghazi Hulailil, anggota dari Persatuan Al-Hoda, yang mengawasi desa tersebut.

“Mereka bergantung pada azan Jerusalem dan Ramallah,” katanya kepada Al Arabiya. “Mereka akan solat di rumah kerana tidak ada masjid berhampiran perkampungan mereka.”

Yang membuat keadaan semakin sulit bagi penduduk desa, Hulailil menambahkan, adalah kota terdekat dari Akbara adalah Safad di Daedah Utara Israel yang memiliki penduduk 99% Yahudi dan penduduk non-Arab. Kota-kota lain yang mempunyai masjid sangatlah jauh.

“Untuk solat Jumaat mereka harus pergi sangat jauh ke kota-kota Arab lainnya.”

Masjid baru ini masih belum sepenuhnya berfungsi. Masjid belum memiliki menara dan belum ada imam pula. Kadang-kadang seorang penceramah atau khatib datang dari daerah yang lain untuk memimpin solat dan memberikan tausiyah.

Namun, setelah azan terdengar dari masjid, orang-orang Yahudi yang tinggal beberapa kilometer jauhnya mulai mengeluh. “Warga Safad mengajukan pengaduan mereka kerana suara azan dan mereka langsung menghubungi Penguatkuasa untuk mengambil tindakan ke atas para penduduk desa.”

Warga Akbara menolak mengecilkan suara azan kerana akan menyebabkan mereka tidak dapat mendengarnya. Namun, keluhan orang Yahudi yang merampas tanah orang Palestin itu tidak berhenti. Hulailil menambah lagi bahawa sejak tahun 1948, penduduk desa Akbara telah tinggal di khemah-khemah dan pondok sehinggalah bangunan pertama dibangunkan pada pertengahan 1980-an. (sa/aby/eramuslim/din)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts