8 penduduk Tebing Barat diculik

NABLUS, 5 Julai 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis malam tadi menculik lapan penduduk Palestin, termasuk seorang wanita, di wilayah Nablus dan Jenin di Tebing Barat.

Dalam kejadian di timur laut Nablus, pemuda Qutaiba Abu Hasan ditangkap ketika tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian Far’ah. Manakala di selatan Nablus pula, wanita Rima Mansour, 30, ditahan selama beberapa jam sebelum dibebaskan.

Tentera penjajah turut menyerbu bandar Salem di timur Nablus dan menculik tiga penduduk; Oqab Hamdan, Amr Jabara dan Wahid Jabara setelah memecah masuk rumah mereka.

Di al-Khalil, dua pemuda dari perkampungan Deir Samet telah diculik.

Dalam pada itu, polis Zionis menyerbu sebuah rumah di kota Haifa dan menangkap pemuda Saleh Abed yang berasal dari bandar Kadr Dan di wilayah Jenin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts