Lebih 650 Penduduk Palestin Ditahan Sejak Awal Oktober

AL-QUDS, 11 Okt 2015 (PNN) — Tentera Zionis telah menculik dan menahan sekurang-kurangnya 650 orang penduduk Palestin sejak awal bulan ini, di tengah-tengah kehangatan pertempuran berterusan penduduk yang menghalang serangan dan pencerobohan tentera.

Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Pihak Berkuasa Palestin dalam kenyataannya semalam menyebut bahawa majoriti mereka yang ditahan berumur di bawah 20 tahun. Mereka ditangkap terutamanya dalam pergelutan dengan tentera dan juga serbuan ke dalam rumah-rumah penduduk sepanjang malam di seluruh wilayah Palestin yang terjajah.

Sejumlah besar yang ditahan diiniaya dan didera ketika dalam tahanan. Tiga mangsa yang cedera ditembak turut disoal siasat sebelum dipindahkan ke hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts