Air Tidak Lagi Dijadikan Hak Asasi Kepada Penduduk Palestin

water-1TEBING BARAT, 11 Feb 2015 (MEMO) — Tentera Zionis minggu lalu memusnahkan paip sepanjang 1,000 meter, yang mengalirkan bekalan utama air kepada penduduk Palestin di utara Lembah Jordan. Di al-Quds Timur pula, bekalan air harian kepada puluhan ribu penduduk Palestin telah dihentikan sejak hampir setahun lalu. Manakala di Gaza, infrastrukur bekalan air telah dimusnahkan dalam serangan, dan sekalipun masih ada rumah-rumah yang mendapat bekalan air, ianya tidak selamat untuk diminum.

Sebelum tertubuhnya negara haram Zionis, calon presiden pertamanya, Chaim Weizmann, pada tahun 1919 pernah berkata, “sangat penting untuk bukan sahaja menjamin sumber air memasuki negara [haram] ini, tetapi juga untuk mengawal sumber bekalannya.” Beberapa tahun kemudian, Ketua Staf tentera dan Menteri Pertanian Dan Alam Sekiar, Rafael Eitan, pula berkata, “Kita mesti kawal Tebing Barat untuk memastikan bekalan air di Tel Aviv tidak kekeringan.”

Pada tahun 1998 Benjamin Netanyahu menyebut, “apabila saya bercakap tentang pentingnya keselamatan negara… ia bermakna bahawa setiap surirumah di Tel Aviv boleh memastikan air keluar apabila dia membuka paip, dan ia tidak akan kekeringan atas sebab keputusan kita membiarkan sumber air kita dikawal oleh mereka yang tidak berhak.”

Pada tahun 1967 bilamana bermulanya penjajahan, Zionis mula melaksanakan perancangan yang telah disebut oleh Weizmann pada tahun 1919. Semua kawasan sumber air di Palestin diisytihar sebagai harta negara [haram Zionis] dan penduduk Palestin perlu memohon kebenaran untuk membina sumber air mereka sendiri. Selepas hampir 30 tahun, Perjanjian Oslo ditandatangani, yang seharusnya menghentikan ketidak-adilan ke atas penduduk Palestin. Namun 20 tahun seterusnya, Zionis telah berjaya menghalalkan perancangan diskriminasi itu.

Tentera Zionis memusnahkan paip air penduduk Palestin.
Tentera Zionis memusnahkan paip air penduduk Palestin.
Tentera Zionis memusnahkan saliran air yang dibina oleh petani Palestin.
Tentera Zionis memusnahkan saliran air yang dibina oleh petani Palestin.
Kanak-kanak Palestin di Qarawah Bani Zeid di Tebing Barat terpaksa mengangkut air menggunakan keldai. Penggunaan air oleh penduduk Palestin di Tebing Barat adalah jauh lebih rendah daripada kadar minimum kegunaan air antarabangsa.
Kanak-kanak Palestin di Qarawah Bani Zeid di Tebing Barat terpaksa mengangkut air menggunakan keldai. Penggunaan air oleh penduduk Palestin di Tebing Barat adalah jauh lebih rendah daripada kadar minimum kegunaan air antarabangsa.

Sungai Jordan di Tebing Barat yang merupakan salah satu sumber air utama telah dilencongkan ke hulu dan memasuki Tasik Kinneret/Tiberias/Laut Galilee – iaitu tasik-tasik yang berada di dalam wilayah negara haram Zionis. Pada masa yang sama, penduduk Palestin dihalang secara fizikal daripada memasuki tebing-tebing sungai. Penduduk Palestin hanya boleh memasuki satu per lima daripada kawasan sumber air gunung, iaitu satu lagi sumber air, manakala Zionis mengawal semua bakinya.

Tembok Pemisah, sekatan jalan, pemeriksaan dan semua ‘langkah keselamatan’ Zionis yang lain menyukarkan lagi penduduk Palestin untuk memasuki kawasan sumber air. Pada masa yang sama, pendatang Yahudi yang tinggal di dalam wilayah yang sama sepertimana penduduk Palestin mendapat bekalan air yang melimpah-limpah. Kegunaan air oleh 500,000 pendatang Yahudi di Tebing Barat adalah kira-kira enam kali lebih tinggi daripada apa yang dapat digunakan oleh 2.6 juta penduduk Palestin di Tebing Barat.

water-8Bagi menampung keperluan bekalan air yang tidak mengcukupi, penduduk Palestin terpaksa membeli air daripada syarikat bekalan air Zionis – Mekorot. Air yang dibekalkan oleh Mekorot adalah dari sumber air gunung yang sama, yang sebenarnya boleh dialirkan sendiri oleh penduduk Palestin.

Jamal Juma, koordinator bagi kempen Stop The Wall iaitu salah sebuah daripada rangkaian pertubuhan yang mencabar operasi syarikat Mekorot, berkata: “Masalah sebenar bekalan air penduduk Palestin bukanlah pada sumber air. Air hujan yang turun di Ramallah lebih banyak daripada yang turun di London dan kegunaan air per kapita [di negara haram Zionis] adalah lebih tinggi daripada purata kegunaan air di Eropah. Masalah air di Palestin diwujudkan oleh Zionis, melalui perompakan air secara sistematik dan penafian hak memasuki kawasan sumber air. Mekorot memainkan peranan utama dalam yang kita panggil sebagai sistem bekalan air Apartied oleh rejim Zionis.”

Tangki simpanan air penduduk Palestin dirosakkan oleh pendatang Yahudi.
Tangki simpanan air penduduk Palestin dirosakkan oleh pendatang Yahudi.

Bagi penduduk di al-Quds Timur, keadaannya agak berbeza. Al-Quds Timur berada di bawah bidang kuasa rejim Zionis setelah mereka merampas kota suci itu. Penduduk Palestin di al-Quds membayar cukai kepada rejim Zionis, dan secara teknikalnya mereka berhak untuk mendapat kemudahan rawatan kesihatan serta bantuan dan perkhidmatan sosial – termasuklah bekalan air. Namun, kawasan kejiranan Ras Shehada, Ras Khamis, Dahyat A’salam dan kem pelarian Shuafat menderita kriris bekalan air yang parah sejak Mac lalu apabila penduduknya terpaksa hidup tanpa bekalan air selama tiga minggu berturut-turut. Mereka dipaksa membeli air yang dibotolkan pada harga yang sangat tinggi, dan mesti menghadkan kegunaan air dengan menggunakan pam elektrik dan tong-tong industri.

Di Gaza, infrastruktur bekalan air hancur berkecai akibat serangan yang berulang-ulang dan sekatan berterusan yang menghalang kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan. Di akhir kempen serangan pada bulan Ogos lalu, sekitar 26 telaga bekalan air telah dimusnahkan dan sepanjang 46 kilometer paip bekalan air telah musnah. Sistem jaringan bekalan air mengalami kerugian sebanyak $US34.3juta.

Rawatan air kumbahan juga telah sekian lama menjadi masalah besar di Gaza. Ramai penduduk Gaza tidak mendapat kemudahan sistem kumbahan sehinggakan air buangan mereka mencemar air bawah tanah. Kekurangan bekalan elektrik dan kemusnahan sistem rawatan air kumbahan dalam serangan pada tahun 2008-2009 mengeruhkan lagi keadaan – sekitar 90 juta liter air yang tidak dirawat mengalir masuk ke pantai Mediterranean setiap hari.

Ahmed Mekdad, seorang akank-kanak di Gaza, membawa tong untuk membeli air minum.
Ahmed Mekdad, seorang akank-kanak di Gaza, membawa tong untuk membeli air minum.

Sebelum tercetusnya serangan pada bulan Julai lalu, 97 peratus penduduk Gaza dijaringi oleh bekalan air paip. Bagaimanapun, 90 peratus daripada bekalan air ini tidak boleh diminum. Oleh itu penduduk terpaksa membeli air bersih dari kilang-kilang kerajaan dan swasta, atau kilang yang diselenggara oleh pertubuhan kebajikan. Sungguhpun masih mempunyai sisa sistem bekalan air untuk penduduk, mereka tidak mempunyai bekalan elektrik atau minyak untuk mengepam air masuk mengalir melalui sistem tersebut.

Bekalan air kini menjadi suatu sumber politik dan manupulasi di Palestin, Jelas sekali, penduduk Palestin dinafikan hak asasi mereka ke atas keperluan air.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts