Aktivis Palestin ditembak mati oleh pasukan khas tentera Zionis

RAMALLAH, 6 Mac 2017 (PIC) — Aktivis Palestin Basil al-A’raj, 31, meninggal dunia selepas cedera parah ditembak oleh pasukan khas tentera Zionis di dalam sebuah rumah di kem pelarian Qaddura, Ramallah awal pagi tadi.

Pertempuran bersenjata selama dua jam dilaporkan berlaku dalam rumah tersebut, di mana tentera Zionis bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk memburu sekumpulan enam pemuda yang didakwa merancang untuk menyerang kepentingan Zionis secara gerila.

Mangsa yang berasal dari bandar al-Walaja di Beit Lahm dilaporkan menjadi orang buruan oleh pasukan perisikan Zionis sejak beberapa bulan lalu.

Jenazah almarhum ditahan oleh tentera Zionis. Dua rakannya dilaporkan cedera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts