Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. [Surah Al-Isra’ 17 : 1]
Membela Masjid Al-Aqsa adalah satu kewajipan ke atas kita semua. Membentuk insan yang benar-benar peka tentang isu al-Aqsa memerlukan usaha yang terancang, berpanjangan dan bersungguh.
Al-Quran telah menyebutkan Masjid al-Aqsa adalah masjid yang telah diberkahi sekelilingnya. Dalam peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW dibawa dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, di mana Baginda juga dipilih menjadi imam solat kepada nabi-nabi yang terdahulu.
Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid kedua yang dibangunkan di dunia, dan masjid ketiga suci dalam akidah umat Islam.
Setiap orang Islam mesti berusaha untuk menjaga dan memelihara kesucian Masjid Al-Aqsa dengan apa cara sekalipun.
Masjid Al-Aqsa merupakan pusat kecemerlangan dan kegemilangan Islam suatu ketika dahulu. Sudah tiba masanya untuk kita berjuang mengembalikan kegemilangan umat.
Semoga keterangan ringkas ini menjadi salah satu usaha membangkitkan semangat perjuangan!
Berapa ramai dari kalangan umat Islam hari ini mengenal Kaabah di Mekah? Berapa ramai daripada mereka yang mengetahui, bahkan mengenali rupa bentuk Masjid Nabawi di Madinah?
Sudah tentu ramai sekali.
Mekah dan Madinah adalah sebahagian dari iman kita, sebahagian daripada hati kita, dan sebahagian hidup kita.
Namun, berapa ramai pula dari kalangan kita yang mengenal Masjid Al-Aqsa, pernah mendengar atau membaca tentang sebuah kawasan yang diberkati Allah SWT bernama Baitul Maqdis, iaitu tempat berdirinya Masjid Al-Aqsa?
Mungkin tidak ramai.
Tidak ramai yang tahu keistimewaan Masjid Al-Aqsa, bahkan tidak tahu yang mana sebenarnya binaan yang disebut sebagai Masjid Al-Aqsa itu. Yang berkubah kuning keemasan, atau yang berkubah perak kehitaman? Malahan tidak kurang juga yang menganggap bahawa Masjid Al-Aqsa adalah apa yang disebut oleh orang Barat sebagai Tembok Ratapan (Wailing Wall), di mana orang Yahudi meratap dan mengangguk-anggukkan kepala dalam salah satu ritual mereka.
Sedangkan Masjid Al-Aqsa adalah bahagian penting dalam iman kita serta sejarah umat Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan bahagian penting kehidupan umat masa kini, dan akan menjadi bahagian penting kehidupan umat di masa akan datang.
Inilah masjid yang Allah SWT telah kembarkan kedudukannnya dengan Masjid Al-Haram di Mekah, sebagaimana terbukti dalam firman Allah SWT melalui Surah al-Isra’ seperti di atas.
Inilah masjid yang tentangnya Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan (bersusah payah) melakukan perjalanan (untuk beribadah) kecuali ke tiga masjid: Masjid Al-Haram, dan Masjid Rasulullah SAW, dan Masjid Al-Aqsa.” [Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim]
Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini.
Kalau Masjid Al-Aqsa sedemikian dipentingkan kedudukannya oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW, jadi mengapa kita tidak berusaha mementingkannya dengan cara mempelajari dengan lebih dalam mengenai sejarah, keistimewaan dan keadaannya di masa dahulu dan kini?
Dalam keghairahan mempertahankan Masjid al-Aqsa, ada yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa secara kurang tepat. Apabila berbincang tentang Masjid al-Aqsa, kita sering dipaparkan dengan imej Kubah as Sakhra’, ataupun masjid berkubah hitam – Musolla al-Aqsa atau Musolla al-Qibli.
Bahkan ada juga yang menyatakan yang Kubah as-Sakhra’ adalah bukan al-Aqsa, sehingga mereka mendakwa bahawa ianya adalah propaganda Zionis, kononnya ia sengaja dibina Zionis untuk mengalihkan perhatian umat Islam daripada mempertahankan “Masjid al-Aqsa yang sebenarnya”, iaitu masjid yang berkubah hitam.
Namun pernyataan itu adalah tidak benar.
Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqah Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:
Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad juga tidak mempunyai bangunan.
Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.
Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kota Lama Baitul Maqdis (Old City of Jerusalem) di Tebing Barat. Dari zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan juga al-Quds.
Kota Lama Baitulmaqdis dikelilingi oleh tembok. Di dalamnya terletak kawasan penempatan lama yang agak padat. Dahulu, Muslim Arab merupakan penduduk majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan penempatan di situ. Turut berada di dalam tembok Kota Lama itu adalah Holy of Sepulchre, sebuah gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara tembok Kota Lama.
Sempadan bagi “tanah yang diberkati” ini adalah tidak jelas dan terdapat perbezaan pendapat. Sebahagian ulamak al-Quran dan Hadis, termasuk Ibn Kathir, al-Qurtubi dan Ibn al-Jawzi menganggap keseluruhan kawasan al-Sham (meliputi Palestin, Jordan, Syria dan Lubnan) sebagai tanah yang diberkati tersebut.
Ada juga yang berpendapat bahawa tanah yang diberkati itu adalah seluruh wilayah yang bersambungan dari Hijaz (Arab Saudi) melalui al-Sham hinggalah ke Mesir. Pendapat lain, yang mungkin lebih lojik, adalah bahawa di dalam kawasan Timur Tengah hari ini, terdapat beberapa kawasan tanah yang diberkati seperti kawasan al-Aqsa, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Haram di Makkah. Yang jelas, dalam semua pendapat tentang “tanah yang diberkati” tersebut, ia adalah termasuk kawasan al-Aqsa.
Kota Baitulmaqdis (Jerusalem) kini menjangkau kawasan seluas lebih 45 km persegi.
Masjid Al-Aqsa ditegakkan menjadi tempat manusia menyembah Allah 40 tahun sesudah Kaabah ditegakkan untuk tujuan yang sama. Dari Abu Dzar RA, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Masjid manakah yang pertama kali dibina di bumi?’ Jawab Baginda, ‘Masjid Al-Haram.’ Kataku, ‘Kemudian (masjid) mana?’ Jelas Baginda, ‘Masjid Al-Aqsa.’ Kataku, ‘Berapa jarak antara keduanya?’ Kata Baginda, ‘Empat puluh tahun’.” [Sahih Muslim]
Dengan demikian, terjadinya hubungan erat antara kedua tempat itu – bahkan ‘pengembaran’ atau ‘twinning’ – sudah bermula di masa Adam AS, yang merupakan manusia pertama di bumi. Nabi Adam AS adalah manusia pertama yang membangun Masjid Al-Aqsa di kota dan kawasan Baitulmaqdis, sesudah 40 tahun membangun Masjid Al-Haram di Mekah.
Kaitan antara Kaabah Baitullah di Mekah dengan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dibangun dan diperkuat sepanjang sejarah manusia. Nabi Ibrahim AS datang ke Baitulmaqdis, dan dari sana menuju Mekah di mana Baginda dan anaknya Ismail AS meninggikan tapak asas Kaabah.
Hijrahnya Nabi Ibrahim AS ke Baitulmaqdis merupakan satu titik penting yang menunjukkan hubungan antara Mekah dan Baitulmaqdis.
Nabi Muhammad SAW mengembang dan memperkuat kaitan antara kedua masjid itu melalui Perjalanan Malamnya (Israk dan Mikraj) dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa. Dengan kata lain, kalau Adam AS adalah Nabi pertama yang menegakkan hubungan ini, maka Ibrahim AS dan anak lelakinya membangun kembali atau membaik pulih kedua-dua tempat suci itu di Mekah dan Baitulmaqdis, dan Muhammad SAW adalah Nabi terakhir yang menjadikan kaitan kedua masjid isu sangat jelas dan nyata melalui Perjalanan Malamnya.
Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:
Kawasan al-Aqsa adalah seluas kira-kira 14.4 hektar. Di dalamnya, di hujung selatan, letaknya Masallah al-Aqsa (Qibli) iaitu masjid yang berkubah hitam, di tengahnya terletak masjid berkubah emas iaitu Kubah as Sakhra’, dan terdapat 42 lagi monumen atau bangunan lain di dalamnya. Adalah menjadi kelaziman kita bagi merujuk keseluruhan kawasan tersebut sebagai al-Haram al-Sharif (kawasan al-Aqsa).
Secara ringkas, Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas.
Hujahnya ialah seperti berikut:
Nabi Muhammad SAW diisrak ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang Nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Kubah as Sakhra’ sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Kubah as Sakhra’ dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.
Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.
Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama.
Memang benar Sayyidina Umar RA tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi berdirinya Kubah as Sakhra’ sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan imam solat perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat (Ka’bah). Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan Sayyidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa.
Adapun sekiranya menyebut Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Kubah as Sakhra’, Kubah al Mi’raj, Kubah al Silsilah, tanah lapang, dan lain-lain.
Masjid Al-Aqsa adalah nama yang berasal dari Allah SWT sebagaimana disebutkan di dalam Surah al-Isra’ (17) Ayat pertama. Namun Rasulullah SAW juga menggunakan nama Baitulmaqdis untuk Masjid Al-Aqsa.
Selain itu, istilah atau nama Baitulmaqdis juga boleh beerti lebih luas daripada Masjid Al-Aqsa yang luasnya 14.4 hektar itu. Baitulmaqdis beerti “Rumah yang Disucikan” dan itu adalah nama yang dipakai untuk kota yang dikenali sebagai Jerusalem, yang merupakan lokasi Masjid Al-Aqsa.
Selain itu, Baitulmaqdis adalah juga nama bagi sebuah kawasan istimewa yang diberkati, yang mencakup di dalamnya kota-kota kecil dan desa-desa.
Dengan demikian kita tahu bahawa:
Apa keistimewaan Baitulmaqdis? Terlalu panjang senarai keistimewaan Baitulmaqdis bila kita sebutkan di sini, namun dapat disampaikan secara ringkas: Baitulmaqdis adalah kiblat pertama orang Islam sebelum kemudiannya digantikan dengan Kaabah, dan Baitulmaqdis adalah Negeri Barakah.
Baitulmaqdis disebut sebagai Negeri Barakah atau Tanah Barakah sebanyak lima kali dalam empat Surah Makkiyah iaitu Surah Al Anbiya’, Surah Saba, Surah Al-A’raf dan Surah Al-Isra’.
Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah berkati untuk sekelian manusia. [Surah Anbiya’ (21) : Ayat 71]
Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah berkati. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. [Surah AlAnbiya’ (21) : Ayat 81]
Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan aman. [Surah Saba (34) : Ayat 18]
Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkat padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Kekhalifahan Israel disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir’aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka. [Surah Al-Alraf (7) : Ayat 137]
Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Al-Isra’ (17) : Ayat 1]
Empat ayat pertama, yang berkaitan dengan masa sebelum Islam, menyebut (Baitulmaqdis) sebagai ‘Al-Ardh al-Lati Barakna Fiha’ – tanah atau negeri yang telah kami kurniakan berkat. Ayat yang kelima, yang berkaitan dengan Perjalanan Malam (Israk) Rasulullah SAW mengacu kepada Masjid Al-Aqsa: al-Ladzi Barakna Hawlahu, iaitu “yang telah Kami lingkari/lingkupi dengan keberkatan.”
Ini beerti empat ayat yang pertama merujuk kepada keseluruhan negeri yang telah dikurniakan keberkatan, yang dapat didefinisikan sempadannya secara geografi, sementara ayat yang kelima mengacu kepada sebuah titik pusat sebuah negeri yang dilingkari keberkatan, yang akan sukar atau bahkan tidak mungkin didefinisikan (kawasannya) secara geografi. Ringkasnya, dapat dikatakan bahawa empat ayat yang pertama mengacu kepada kawasan Baitulmaqdis sementara ayat yang kelima mengacu kepada Pusat Keberkatan di Baitulmaqdis, iaitu Masjid Al-Aqsa.
Akan tetapi, menurut salah satu ayat di dalam al-Quran, keberkatan terdapat di Kaabah di Mekah:
Sesungguhnya rumah yang mula-mula ditegakkan untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. [Surah Ali lmran (3) : Ayat 96].
Dengan demikian, di Mekah Yang Berkat itu terdapat di Kaabah sementara di Baitulmaqdis, Keberkatan itu melingkupi Masjid Al-Aqsa.
Di masa lalu, Baitulmaqdis adalah rumah dan bahkan markaz para Nabi dan Rasul. Nabi Dawud, Nabi Sulaiman dan Nabi ‘Isa AS bermarkaz di Baitulmaqdis. Maryam ibunda ‘Isa AS dinazarkan oleh ibunya, isteri Imran, untuk beribadah menyembah Allah di Baitulmaqdis. Di sinilah, di mihrabnya, Maryam dikunjungi Jibril AS yang mengkhabarkan akan kelahiran ‘Isa AS.
Nabi Ibrahim AS yang dilahirkan di Iraq di tepi sungai Efrat, berdakwah di sana sampai turun perintah supaya Baginda berhijrah ke Negeri Syam. Dari Syam Baginda menuju ke Mesir. Penindasan Firaun di sana mendorongnya untuk melakukan perjalanan lagi, kali ini menuju ke Baitulmaqdis. Lalu menuju Hijaz di mana Baginda membangun kembali Kaabah bersama anaknya, Ismail AS. Dengan anaknya yang seorang lagi, Ishaq AS, Ibrahim membangun kembali Masjid Al-Aqsa.
Allah mengirim Musa AS kepada Bani Israil dan membebaskan mereka dari penindasan Firaun. Selepas selamat meninggalkan Firaun yang tenggelam di laut, Musa AS memerintahkan kepada Bani Israil:
“Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Baitulmaqdis) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.” [Al-Ma’idah (5) : Ayat 21]
Tapi kita tahu apa yang terjadi, Bani Israil balas menjawab kepada Musa: “Pergilah kamu dan Rabb-mu (ke Baitulmaqdis yang ketika itu dikuasai kaum Jabbaabirah yang bertubuh raksasa) dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami duduk menanti di sini saja.” [Al-Ma’idah (5): Ayat 24].
Kaki mereka belum lagi kering dari air laut yang menenggelamkan Firaun, mereka sudah mulai membangkang kepada Nabi Musa AS dan menyembah Ijla (patung lembu). Maka Allah menghukum dan mengusir mereka dari Baitulmaqdis selama 40 tahun. Mereka terpaksa berpusing-pusing dalam kebingungan di Padang Tih – sampai Allah turunkan generasi baharu, generasi yang taat kepada Allah. Generasi baharu Bani Israil inilah yang kemudian memasuki Baitulmaqdis untuk berjihad di bawah pimpinan Nabi Yusha bin Nun AS, satu-satunya manusia yang untuknya Allah hentikan matahari tenggelam agar dapat terus berjihad dan merebut Baitulmaqdis sebelum masuknya waktu Sabath.
Nabi Dawud AS bermarkaz di Baitulmaqdis. Lalu puteranya, Sulaiman AS menyelesaikan pembangunan Baitulmaqdis dan meminta kepada Allah tiga hal, termasuk ini: Bahawa siapa pun yang berangkat dari rumahnya dengan keinginan untuk solat di Masjid Al-Aqsa maka dia akan keluar dari Masjid dalam keadaan bebas dari dosa sebagaimana saat dia dilahirkan ibunya. Sabda Rasulullah SAW, “Dua permintaan Nabi Sulaiman dikabulkan Allah, dan aku berharap semoga yang ketiga itu juga demikian.” [Sunan Ibnu Majah, sahih]
Sesudah Sulaiman maka Bani Israil kembali melakukan dosa besar, menyembah berhala, sampai Allah menghukum mereka dengan menjadikan atas mereka seorang penguasa yang kejam, yang lalu menghancurkan Masjid Al-Aqsa di tahun 587SM dan menangkap anak-anak Bani Israil. Allah mengirimkan kepada Bani Israil Nabi Daniyal. Akhirnya Allah mengampuni Bani Israil dan mengizinkan mereka kembali ke Baitulmaqdis serta mengirimkan kepada mereka nabi-nabi yang lalu mereka bunuh juga. Ada nabi-nabi lain yang Allah utuskan ke Baitulmaqdis, termasuk Yahya dan ‘Isa AS, sampai tibalah waktunya Nabi Muhammad SAW diutus bagi seluruh alam dan terjadi peristiwa Israk dan Mikraj itu.
Masjid Al-Aqsa adalah tempat yang dikunjungi oleh Rasulullah SAW ketika diperjalankan Allah dalam sebuah Perjalanan Malam yang penuh mukjizat: Dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa/Baitulmaqdis di mana beliau memimpin solat dua rakaat semua Nabi dan Rasul yang pernah Allah turunkan ke muka bumi, lalu naik ke langit menuju Sidratul Muntaha di mana Baginda menerima perintah solat, lalu turun ke Baitulmaqdis, dan akhirnya diperjalankan Allah pulang ke Mekah.
Semasa hidup Baginda SAW, sejak awal dakwahnya di Mekah (ketika kaum Muslimin solat menghadap Baitulmaqdis) sampai sesudah hijrahnya ke Madinah (ketika kemudian Allah memerintahkan agar kaum Muslimin solat dengan kiblat ke arah Mekah), Rasulullah SAW telah menyiapkan langkah-langkah strategik untuk merebut kembali Masjid Al-Aqsa/Baitumaqdis yang di masa itu dijajah oleh bangsa Romawi Timur. Termasuk dalam langkah penting itu adalah:
Kita tahu bahawa pasukan Usamah sudah siap berangkat ketika Rasulullah SAW kemudian jatuh sakit, dan wafat, dan Abu Bakar RA kemudian menjadi Khalifah. Yang terjadi sesudahnya adalah gelombang pemurtadan dan munculnya nabi-nabi palsu termasuk Musailamah Al-Kadzab. Para Sahabat RA menyatakan keberatan kepada niat Abu Bakar meneruskan misi yang dipimpin Usamah bin Zaid, kerana menurut mereka jauh lebih mendesak menghadapi mereka yang murtad dan menyerang Muslimin.
Kata Abu Bakar: “Demi Allah, aku tidak akan menarik kembali pasukan yang telah dipasangi panji-panji oleh Rasulullah SAW untuk berangkat. Bahkan kalau pun anjing-anjing kota Madinah menyerbu masuk ke rumah-rumah dan menggigit kaki-kaki para Ummahatul Musminin (termasuk ‘Aisyah RA puterinya), aku tidak akan menarik kembali pasukan ini.” Abu Bakar juga berkata, “Demi Allah, aku lebih suka merebut sebuah desa kecil di Syam daripada sebuah kota besar di Iraq kerana (Syam) adalah tanah yang diberkati Allah.”
Kita tahu bahawa Abu Bakar RA wafat sebelum Baitulmaqdis dibebaskan dari penjajahan Romawi Timur.
Jihad membebaskan Masjid Al-Aqsa berterusan dan berhasil di bawah pemerintahan Umar bin Khattab RA. Sesudah Fatih (kemenangan atau penaklukan) Baitulmaqdis oleh pasukan kaum Muslimin yang dipimpin para panglima seperti Khalid bin Walid, Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan Amru bin al-As RA, maka Umar datang ke Baitulmaqdis dan menerima kunci-kunci kota dari tangan pemimpin kaum Kristian yang ketika itu menghuni Jerusalem/Baitulmaqdis. Umar lalu mengeluarkan sebuah dokumen yang dikenali sebagai Al-Uhda al-Umariyyah (Jaminan Keselamatan dari Umar) yang isinya adalah jaminan keselamatan dari seorang Amirul Mu’minin bagi penduduk kota bukan-Islam, baik Kristian mahupun Yahudi, untuk tetap tinggal damai dengan membayar jizyah.
Umar kemudian minta ditunjukkan kepadanya lokasi Masjid Al-Aqsa yang sudah lebih dari 600 tahun dalam keadaan hancur, dan dijadikan tempat pembuangan sampah oleh orang-orang Romawi Timur dan orang Kristian. Umar membuka jubahnya dan menggunakan jubah itu untuk mulai membersihkan Masjid Al-Aqsa. Ribuan Muslimin yang bersama dalam pasukan pembebas Baitulmaqdis mengikuti langkah Umar membersihkan Masjid Al-Aqsa.
Selepas itu, Umar mendirikan solat dua rakaat menghadap Kaabah, di Masjid Al-Aqsa yang sudah 600 tahun lamanya tidak pernah menjadi tempat solat kecuali di malam Israk dan Mikraj ketika Rasulullah SAW solat dua rakaat mengimami seluruh Nabi dan Rasul. Selesai solat, Umar lalu menunjuk sebuah tempat di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa yang diputuskannya akan menjadi lokasi pembangunan sebuah masjid. Itulah Masjid al-Qibli, yang juga dikenali sebagai Masjid al-Umari, yang sekarang berkubah warna perak kehitaman.
Itu sejarah Baitulmaqdis di masa lalu.
Apa pula peranan Masjid Al-Aqsa di masa depan? Kita diberitahu oleh Rasulullah SAW tentang apa yang akan terjadi di Baitulmaqdis. Menurut Rasulullah SAW, inilah salah satu tempat di muka bumi (selain Mekah dan Madinah) yang tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal. Di Baitulmaqdis, Nabi ‘Isa AS akan turun dari langit dengan berpegangan pada sayap dua malaikat, solat di Masjid Al-Aqsa lalu mengejar Dajjal dan membunuhnya di Ludd, di Palestin.
Di masa depan, Baitulmaqdis akan menjadi tempat berkumpulnya manusia yang sudah mati dan dibangkitkan semula untuk dibawa menanti pengadilan Allah sebab Baitulmaqdis akan menjadi Padang Mahsyar dan Mansyar (kebangkitan).
Bagaimana sekarang?
Masjid Al-Aqsa saat ini dalam keadaan dijajah oleh kaum yang dimurkai Allah, Yahudi Zionis. Bangunan yang ada sekarang – berupa kompleks bangunan yang dibatasi tembok seluas 14.4 hektar – adalah peninggalan beberapa kesultanan Islam di masa lalu. Kita perlu mengenalnya dan membelanya – sebaik kita mengenal Kaabah di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Keseluruhan kawasan dan binaan berada di dalam pagar masjid dinamakan Masjid Al-Aqsa, walaupun tempat tersebut tidak berbumbung. Setiap orang yang mendirikan solat di sudut-sudut Masjid Al-Aqsa tetap mendapatkan gandaan pahala sepertimana tersebut dalam sebuah hadis riwayat Tabrani,
“Kelebihan solat di dalam Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 solat (di tempat lain), dan solat di dalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1,000 solat. Dan solat di Masjid Al-Aqsa bersamaan 500 solat.”
Di dalam Masjid Al-Aqsa terdapat beberapa tempat solat yang berbumbung.
Masjid Al-Qibli juga disebut sebagai Al-Jami’ Al-Qibli. Umumnya orang mengenalinya dengan panggilan Masjid Al-Aqsa, padahal panggilan itu tidak tepat kerana ia merupakan salah satu bahagian daripada Masjid Al-Aqsa yang terdiri daripada tanah dan bangunan serta binaan lain.
Ia terletak di sebelah selatan Masjid Al-Aqsa iaitu tempat paling hujung mengarah kiblat. Kerana kedudukannya arah kiblat, maka dinamakan dengan Al-Qibli.
Masjid al-Qibli dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Bani Umayyah dan disempurnakan pada masa anaknya Al-Walid bin Abdul Malik antara tahun 86-96 Hijriah. Ketika dibina pertama kali, masjid ini mempunyai 15 lorong, kemudian diperbaharui menjadi tujuh lorong seperti sekarang ini oleh Az-Zahir li I‘zazi Dinillah pada masa dinasti Fathimiyah, setelah terjadi gempabumi.
Sejarah awalnya, ketika Khalifah Umar bin Khathab RA datang ke Al-Quds untuk membebaskan Baitulmaqdis pada tahun 15 Hijriah, beliau bertanya kepada Ka’bu Al-Ahbar tentang lokasi yang baik untuk membina tempat solat. Ka’bu Al-Ahbar menjawab: Menghadap ke ash-Shakhrah, sehingga dapat menghimpun kiblat Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Tetapi Umar RA menolak usul ini dan memilih tempat yang sekarang terbinanya Masjid Al-Qibli. Kemudian Umar membina masjid yang dikenali dengan nama Jami’ Umar (Masjid Umar).
Bahan bangunan masjid terdiri daripada kayu dan batang pohon sebagaimana Masjid Nabawi dahulu. Pada waktu itu ia dapat menampung 1,000 orang ahli jamaah. Kemudian ia diperbaharui dan diperluas oleh Khalifah Mu’awiyah bin Sufyan sehingga dapat menampung 3,000 orang.
Ketika tentera Salib menguasai al-Quds, mereka membahagi Masjid Al-Qibli menjadi tiga bahagian: Pertama, dijadikan sebagai pejabat komando pimpinan tentara Salib. Kedua, Masjid Al-Qibli dijadikan tempat tinggal pasukan berkuda dan ketiga, dijadikan gereja. Ketika Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Al-Quds pada tahun 583 Hijriah, beliau mengembalikan fungsi Masjid Al-Qibli sebagaimana sebelumnya.
Masjid Al-Qibli sering direnovasi pada beberapa masa pemerintahan Islam, di antaranya pada masa Mameluk, masa Uthmani dan ketika awal penjajahan British ke atas Palestin.
Masjid ini terdiri dari satu lorong besar di tengah dan tiga lorong masing-masing di sisi kanan dan kirinya. Ia memiliki satu kubah besar yang terbuat dari kayu di sisi dalamnya dan dilapisi timah di sisi luarnya, dengan tinggi 17 meter. Panjang masjid ini mencapai 80 meter dan lebarnya 55 meter. Luasnya mencapai 4,000 meter persegi. Di dalamnya terdapat 11 pintu masuk dan sekarang ini dapat menampung 5,500 orang ahli jamaah.
Masjid Kubah ash-Shakhrah adalah salah satu mercu bangunan Islam terkenal di dunia. Ia dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Pembinaannya bermula pada tahun 66 Hijriah dan selesai pada tahun 72 Hijriah. Pembinaan ini diketuai oleh dua orang arkitek, iaitu Roja’ bin Hiwah al-Kanadi yang merupakan seorang tabi’in yang berasal dari kota Bisan di Palestin, dan Yazid bin Salam, iaitu anak didik Abdul Malik bin Marwan yang juga seorang arkitek bangunan dari tanah Al-Quds.
Bangunan bersegi lapan ini merupakan antara bangunan yang paling baik. ia terletak di tengah-tengah jantung Masjid Al-Aqsa. Di tengah bangunan ini terdapat ash-Shakhrah al-Musyarrafah (batu yang dimuliakan). Posisi ash-Shakhrah berada di ketinggian 1.5 meter dari tanah dan bentuknya tidak sekata.
Musalla Al-Marwani terletak di sebelah tenggara Masjid al-Aqsa. Ia dibina pada masa Umawiyah dengan tujuan agar halaman sebelah selatan dan utara Masjid Al-Aqsa sama rata. Oleh kerana itu, dahulu bangunan ini dikenali dengan nama “Taswiyah Syarqiyah” (Pemerataan Tanah Bahagian Timur). Bangunan besar ini mempunyai keluasan lebih dari 4,000 meter persegi.
Musalla ini terdiri dari 16 lorong. Ini merupakan tempat solat beratap terbesar yang ada di Masjid Al-Aqsa. Tentera Salib menjadikan musolla ini sebagai kandang kuda, sehinggalah Salahuddin membebaskannya.
Ketika Shalahuddin membebaskannya, beliau mengembalikan fungsi bangunan ini sebagaimana asalnya, iaitu sebagai tempat pemerataan antara bahagian utara dan selatan Masjid Al-Aqsa dan sebagai tempat penyimpanan (gudang) sehinggalah Zionis menjajah kawasan Masjid Al-Aqsa.
Pada tahun 1997, Yayasan Waqaf Al-Aqsa mengembalikan fungsinya menjadi masjid.
Masjid ini dibina pada masa Umawiyah dan terdiri daripada dua lorong. Lorong ini mengarah ke Pintu Al-Muzdawij, iaitu pintu di selatan Masjid Al-Aqsa yang sudah ditutup. Dari pintu Al-Muzdawij ini boleh menuju terus ke istana Umawiyah di selatan masjid. Pintu masuknya di bawah pintu masuk Masjid Al-Qibli.
Tujuan pembangunan masjid Al-Qadim adalah untuk meratakan bahagian selatan halaman al-Aqsa agar sama rata dengan bahagian utara.
Selama berabad-abad, Masjid Al-Qadim tidak terurus dan banyak debu serta batu hinggalah dibuka kembali pada tahun 1420 Hijriah (1999) oleh Yayasan al-Aqsa untuk pembangunan kota suci. Masjid ini dapat menampung 1,000 orang ahli jamaah solat di dalamnya.
Ia dinamakan Al-Buraq kerana tempat tersebut dipercayai sebagai tempat Nabi Muhammad SAW meletakkan kendaraannya Buraq pada malam Israk dan Mikraj. Di dalamnya terdapat ‘halqah’ (lingkaran besi) Utsmaniyah, yang disebutkan di sinilah tempat Nabi SAW mengikatkan kendaraannya pada malam tersebut.
Di sebelah barat masjid, dahulunya terdapat pintu yang dinamakan Pintu Al-Buraq. Pintu ini sudah ditutup setelah masa Umawiyah. Pintu ini boleh membuka laluan terus ke halaman buraq yang berada di luar Masjid Al-Aqsa.
Untuk memasukinya, seseorang perlu melalui tangga turun dari ruwak gharbi (lorong barat). Terdapat 38 anak tangga menuju ke bawah. Masjid ini hanya dibuka ketika solat Jumaat dan Hari Raya.
Masjid Al-Magharibah terletak di sudut barat daya Masjid Al-Aqsa atau sebelah selatan dinding Al-Buraq. Masjid ini mempunyai dua pintu, satu di sebelah utara (sekarang tertutup) dan satu lagi sebelah timur (terbuka). Masjid ini dibina oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 590 Hijriah (1193). Ketika itu ia diguna sebagai tempat solat mazhab Imam Malik.
Sekarang ini Masjid Al-Magharibah diguna sebagai ruangan utama Muzium Islam. Muzium ini diwujudkan sejak tahun 1929 M, yang merupakan perpindahan dari Rabat pada masa al-Manshury ke masjid ini.
Jami’ Nisa, atau masjid An-Nisa, terletak di dalam Masjid Al-Aqsa. Ia merupakan bangunan besar di sisi barat Masjid Al-Qibli, terbentang hingga ke dinding barat Masjid al-Aqsa. Ada yang mengatakan, masjid ini dibina pada masa tentera Salib menguasai Masjid Al-Aqsa untuk dijadikan gereja di dalam masjid. Kemudian datang Salahuddin dan membersihkan tempat tersebut serta menjadikannya tempat solat untuk wanita.
Sekarang ini Masjid An-Nisa’ dibahagi menjadi tiga bahagian: pertama, untuk tambahan bangunan muzium yang berada di paling barat masjid, kedua untuk perpustakaan umum yang berada di tengah, dan ketiga untuk gudang (menempel di dinding masjid Al-Qibli).
Terletak di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, dengan atap tertutup memanjang seperti koridor dengan 55 tiang. Dibina pada zaman Kesultanan Mamalik di tahun 1307-1336.
Koridor ini bersempadan dengan dinding utara Masjid Al-Aqsa, dan dibina pada zaman Kesultanan Ayyubi dan Mamalik (1367). Pada masa Kesultanan Uthmaniyyah koridor ini ditutup dan dijadikan tempat menginap bagi orang-orang miskin dalam perjalanan mengerjakan haji, namun sekarang dibuka semula.
Koridor ini terletak di tembok timur Masjid al-Aqsa. Dipercayai dibina pada era Umayyah, dengan tinggi 50 kaki dan lebar 30 kaki. Koridor ini telah musnah akibat gempa bumi dan faktor cuaca.
Namanya bermaksud Kubah Batu, kerana ia sebenarnya dibina di atas batu raksasa. Dari sinilah Rasulullah SAW naik ke langit dalam perjalanan Al-Mikrajnya. Bangunan yang bentuknya kita lihat seperti sekarang ini dibina oleh Sultan Abdul Malik bin Marwan pada tahun 685-705. Bentuk bangunannya adalah bersegi lapan, dengan ketinggian 35 meter. Kubah yang disebut juga sebagai Dome of the Rock ini dilapisi potongan emas, sementara bangunannya dihiasi dengan porselen khusus, khat yang sangat indah dan lantainya dibuat dari seramik. Di masa Perang Salib, bangunan ini dijadikan gereja dengan ditambah dengan sebuah altar, sementara bulan sabit besar di kubah diganti dengan salib.
Pada tahun 1187, Salahuddin Al-Ayyubi mengembalikan Kubah As-Sakhra’ kepada fungsinya semula. Pada tahun 2009, Turki memperbarui hiasan bulan sabit pada Kubah As-Sakhra’ dengan kos €250,000.
Kubah ini kecil, bangunan di bawahnya bersudut sebelas, terletak di sebelah Kubah As-Sakhra’. Dibina pada tahun 685-688 oleh Sultan Abdul Malik bin Marwan, ia kali terakhir dibaik pulih pada tahun 2009 oleh kerajaan Turki.
Kubah ini dibina pada masa Kesultanan Ayyubiyah, untuk memperingati naiknya Nabi SAW dalam Al-Mikraj. Bentuk bangunannya bersegi lapan dan dilengkapi dengan sebuah mihrab. Pernah dibaik pulih pada masa Kesultanan Uthmaniyyah.
Ia juga disebut sebagai Kubah Syajarah. Dibina pada zaman Kesultanan Ayyubiyah oleh Sultan Najmuddin. Bentuknya segi empat dan memiliki mihrab. Sekarang berfungsi sebagai pusat tahfiz.
Dibina oleh Sultan Isa Ayyubi dari Kesultanan Ayyubiyah untuk menjadi tempat belajar sharaf dan nahwu. Di dalamnya terdapat tiga ruangan berderet.
Nama ini dinisbahkan kepada Sultan Sulaiman bin Abdul Malik. Dibaik pulih pada tahun 1203 di masa Kesultanan Ayyubiyah dan setelah itu pada masa Kesultanan Uthmaniyyah. Bentuk kubah segi lapan dan memiliki sebuah mimbar.
Tempatnya berdekatan dengan Pintu Gerbang Mizan.
Kubah ini sebenarnya dibina pada masa Kesultanan Umayyah, tapi bentuknya yang ada sekarang ini dibina pada masa Sultan Sulaiman pada tahun 1538. Dibaik pulih pada tahun 1845 di masa Sultan Abdul Majid Ke-2. Menurut salah satu riwayat, kubah ini tempat di mana Nabi SAW memimpin solat para nabi.
Lokasinya dijadikan penanda sebelah timur Pintu Gerbang Barat Laut, dibina pada masa Uthmaniyyah. Ada yang berpendapat bahawa nama itu diberikan bagi kubah ini sebab nantinya arwah semua makhluk akan dibangkitkan di atasnya. Ada yang berpendapat bahawa kubah itu berdekatan dengan sebuah gua yang benama Gua Al-Arwah. Dalil-dalil ini tidak kuat.
Kubah heksagon kecil ini dibina pada abad ke-10 AH di dataran Kubah as-Sakhra’, bersebelahan pintu gerbang barat laut. Ia bertujuan sebagai tanda tempat di mana umat Islam percaya seorang yang saleh, yang disebut dalam Surah Al Kahfi sebagai Al-Khidr, digunakan untuk berdoa kepada Allah. Kubah itu didasarkan pada enam tiang marmar dan termasuk sudut yang dibina dengan batu merah di dalamnya.
Dibina pada masa Kesultanan Uthmaniyyah pada tahun 1681. Sekarang menjadi pejabat penerangan dan jualan tiket masuk ke muzium.
Selepas menakluk Baitulmaqdis, Salahuddin Al-Ayyubi membina tembok mengelilingi Masjid Al-Aqsa dan menghiasi tembok itu dengan berbagai bentuk ekspresi seni Islami.
Pada masa Kesultanan Uthmaniyyah, Kubah Yusuf dibina. Bersamaan dengan itu dibaik pulih pula tembok dan kubah yang rosak, dan diberi nama yang dinisbahkan kepada Salahuddin yang pertama (Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyub).
Dibina pada masa Kesultanan Uthmaniyyah oleh Padisah Mahmut Ke-2 pada tahun 1817.
Dibina di salah satu sudut Masjid al-Marwani pada masa Kesultanan Umayyah. Dibaik pulih pada masa Kesultanan Uthmaniyyah di tahun 1898.
Dibina pada masa Kesultanan Uthmaniyyah pada sekitar tahun 1700-an. Sekarang dijadikan pejabat oleh Suruhanjaya Pembinaan Semula Masjid Al-Aqsa.
Dahulu bangunan ini bernama Madrasah Riyadh Islami Aqsa, diwakafkan oleh seorang ‘alim bernama Sanjar Dawdar pada tahun 1295. Pada tahun 1980-an ia berubah menjadi Madrasah Riyadh Islami.
Dibina pada tahun 1980-an sebagai Tsanawiyah Islamiyyah.
Dibina pada zaman Kesultanan Mamalik Sultan Baybars pada tahun 1432. Dibaik pulih oleh Jabatan Waqaf Islam, tetapi tidak dapat disiapkan kerana rejim penjajah Zionis tidak memberikan izin untuk membina atapnya.
Diwakafkan oleh Qadi Zaynuddin Abdul Basit bin Hilal Ad-Dimasyqi pada tahun 1431.
Dibina dan diwakafkan oleh Aminuddin Abdullah pada tahun 1329. Dibaik pulih pada masa Kesultanan Uthmaniyyah. Terletak di bahagian atas Beranda Utara, dan terdiri dari empat tingkat dengan bilik-bilik dan pintu-pintu.
Diwaqafkan dan dinisbatkan kepada nama si pemberi, Amir Faris Al-Baka di tahun 1353. Tergabung dengan Madrasah Amniyyah.
Dibina pada masa Kesultanan Mamalik di tahun 1340, dengan ketinggian dua tingkat. Sekarang digunakan sebagai tempat tinggal.
Diwaqafkan dan dinisbatkannya nama madrasah ini dari Majduddin Asardi di tahun 1368. Sekarang menjadi tempat tinggal.
Dibina oleh Amir Sayfuddin Manjak pada tahun 1361. Terdiri dari dua tingkat dan sekarang dijadikan sebagai pejabat Yayasan Wakaf Islam.
Terletak di antara Madrasah Asrafiyah dan Pintu Matharah, dengan binaan dua tingkat. Bahagian lain madrasah terletak di luar kompleks Masjid Al-Aqsa. Madrasah ini diwaqafkan oleh seorang anggota keluarga Uthmaniyyah, anak perempuan dari Mahmut Beyin, iaitu Isfahan Syah Hatun. Madrasah ini tingginya sejajar dengan halaman Masjid Al-Aqsa. Digunakan sebagai madrasah hingga masa Esref Baybars. Setelah itu madrasah ini ditutup oleh orang Yahudi dan tingkap-tingkapnya, yang mengarah langsung ke Masjid Al-Aqsa, ditutup dengan batu-batu. Sekarang tempat ini digunakan sebagai rumah oleh keluarga Islam.
Salah satu bahagian dari madrasah ini terletak di luar kompleks Masjid Al-Aqsa. Sementara bahagian yang lain terletak di atas Beranda Barat. Dibina oleh Amir Tankiz An-Nasiri (1328). Pertama kali bangunan ini dijadikan sebagai mahkamah, kemudian dijadikan sebagai pejabat tempat mengadakan persidangan-persidangan Islam.
Ia dibaik pulih pada masa Kesultanan Uthmaniyyah dan kemudian dijadikan madrasah. Dirampas ketika penjajahan Zionis tahun 1969 dan dijadikan sebagai sebuah sekolah polis. Rancangan mutlak rejim Zionis adalah menghancurkan sekolah ini dan menjadikannya sebuah sinagog terbesar di dunia.
Madrasah ini juga dikenali sebagai Madrasah Sultaniyyah. Dibina oleh Amir Hasan Az-Zahiri. Ketika Sultan Qaitbay berziarah ke Baitulmaqdis madrasah itu dihancurkan. Dibina semula pada tahun 1480.
Dibina pada masa Kesultanan Mamalik di tahun 1321, dengan ketinggian 7.5 meter.
Dibina pada masa Kesultanan Mamalik di tahun 1376. Dibaik pulih pada masa Kesultanan Uthmaniyyah, dengan ketinggian 7 meter.
Dibina pada masa Kesultanan Umayyah di tahun 951.
Dibina pada masa Kesultanan Mamalik di tahun 1472, dengan ketinggian 7 meter.
Dibina setinggi 6.5 meter pada masa Kesultanan Umayyah. Pernah dibaik pulih pada masa Kesultanan Abbasiyyah, Fatimiyyah, Uthmaniyyah dan terakhir pada tahun 1982.
Dibina pada masa Kesultanan Fatimiyyah di tahun 1021. Dibaik pulih pada masa Kesultanan Ayyubiyah, dengan tinggi 6.5 – 7 meter.
Dibina pada masa Kesultanan Umayyah dan dibaik pulih pada masa Kesultanan Abbasiyyah, dengan tinggi 6.5 – 7 meter.
Dibina pada masa Kesultanan Mamalik, dengan ketinggian 7 meter.
Dibina oleh salah seorang daripada sultan Kesultanan Ayyubiyyah, Abu Bakar bin Ayyubi dalam tahun 1193.
Dibina oleh salah satu Sultan Kesultanan Ayyubiyyah, Isa Ayyubi dalam tahun 1216.
Juga dinamakan “Air Pancut Kurungan”. Dibina oleh salah seorang Sultan Kesultanan Mamalik, Sultan Baybars dalam tahun 1436.
Dibina oleh salah seorang sultan Kesultanan Mamalik, Sultan Qaitbay di tahun 1461, dengan struktur mengagumkan dan motif yang dihiasi dengan batu-batu berwarna. Dibaik pulih pada masa Kesultanan Uthmaniyyah dalam tahun 1882.
Dikenal juga dengan nama Air Pancut Pintu Mahkamah. Dibina pada masa Sultan Sulaiman yang Agung oleh Gabenor Jerusalem, Kasim Passa, dalam tahun 1529.
Air Pancut ini terletak di timur halaman Masjid al-Aqsa, dan di sebelah selatan sebuah tempat yang disebut sebagai tempat beribadah Sulaiman. Dibina pada masa Sultan Sulaiman dalam tahun 1536.
Dibina pada masa Kesultanan Uthmaniyyah. Dibaik pulih oleh Yayasan al-Aqsa. Kemudian ditutup selama-lamanya.
Dibina pada masa Kesultanan Mamalik oleh Sultan Qaitbay di tahun 1482. Dibaik pulih oleh Suruhanjaya Pembinaan Semula Peninggalan-Peninggalan Bersejarah.
Dibina dengan tiga serambi pada masa Kesultanan Ayyubiyyah oleh Sultan Isa Ayyubi. Pada masa Kesultanan Uthmaniyyah bangunan serambi tersebut ditinggikan hingga sejajar dengan halaman Kubah As-Sakhra’. Sekarang digunakan sebagai bilik rawatan.
Dibina pada tahun 1998 oleh Suruhanjaya Pembinaan Semula Peninggalan-peninggalan Bersejarah. Terdapat 24 bentuk kepala paip.
Dibina oleh Jawatankuasa Peninggalan-peninggalan Sejarah Islam. Serta dikelilingi oleh tujuh buah kepala paip.
Dibina pada tahun 1995 serta terdapat 12 kepala paip.
Masjid al-Aqsa mempunyai 15 pintu-pintu masuk, 10 daripadanya masih dibuka manakala lima yang lain ditutup dan tidak lagi digunakan.
Sepuluh pintu yang masih digunakan itu adalah Al-Asbath, Khuttah, Al-Atam, yang ketiga-tiganya terletak di sebelah utara masjid, Al-Magharibah, Al-Ghawanimah, An-Nazhir, Al-Hadid, Al-Muthaharah, Al-Qanathin, Al-Silsilah; ketujuh-tujuh pintu ini terletak di sebelah barat masjid. Semua pintu-pintu ini dibuka laluan keluar-masuk untuk untuk kecuali Al-Magharibah, di mana kunci-kuncinya dirampas oleh rejim Zionis pada tahun 1967 dan mereka melarang umat Islam menggunakan pintu ini.
Manakala pintu-pintu yang ditutup adalah pintu Tsulatsi, Al-Muzawwad, Al-Mufrad, Al-Rahmah, Al-Janaiz yang terletak di tembok sebelah selatan dan timur Al-Aqsa, kecuali Mufrad yang tidak memiliki bekas sebagai pintu masuk kerana telah dirosakkan oleh tentera Zionis.
Pintu masuk Al-Asbath juga dikenali dengan nama pintu Maryam kerana terletak berdekatan gereja Al-Qadisah Hana yang diyakini sebagai tempat kelahiran Maryam yang kini menjadi sekolah Shalahiyah.
Terletak di bahagian tembok utara masjid, ia adalah pintu utama jemaah solat sejak tentera Zionis menutup Al-Maghraibah di bahagian barat masjid, terutama bagi mereka yang datang dari luar kota Baitulmaqdis.
Gerbangnya melengkung dengan ketinggian empat meter yang dibaik pulih di zaman Al-Ayyubiah ketika pemerintahan Sultan Malik Isa Muadzham pada tahun 610H (1213 Masehi). Ia kemudian dibaik pulih lagi di zaman Mamluk dan Uthmani pada 1817M.
Ia menjadi satu-satunya pintu untuk kenderaan ambulan masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika berlaku kecemasan, kerana pintunya paling lebar.
Di pintu ini pernah berkali-kali berlaku peristiwa pertempuran dan serangan oleh pasukan keselamatan Zionis pada tahun 1990, 1996 dan 2000.
Salah satu pintu Masjid Al-Aqsa yang tertua. Dibaik pulih pada masa Kesultanan Ayyubiyah di tahun 1220.
Ia terletak di utara Masjid Al-Aqsa, di antara pintu Asbath dan pintu Atam (Faishal). Kini pintu ini hanya dibuka ketika waktu solat Magrib, Isyak dan Subuh sahaja.
Dikenal juga dengan Pintu Kehormatan Para Nabi dan Pintu Raja Faisal kerana pernah dikunjungi oleh Faisal, Raja Iraq ketika berkunjung ke Al-Aqsa. Pintu ini terletak di bahagian utara masjid. Dibaik pulih pada masa Kesultanan Ayyubiyah di tahun 1213 dan juga di zaman Raja Syarafuddin Isa.
Dibina di masa Sultan Walid bin Abdul Malik dari Kesultanan Umayyah (yang selama tempoh tahun 661- 744 berpusat di Damaskus, lalu pada tempoh 744-750 di Harran di kawasan Turki sekarang, dan akhirnya menjadi kesultanan terasing pada 756-1031 di Kordoba). Pintu ini dibaik pulih pada tahun 707H di zaman Sultan Mamluk Nashir Muhammad bin Qalawun.
Pintu ini terletak di sebelah barat dan ia hanyalah sebuah pintu kecil. Ia juga dipanggil pintu Durj Ghawanimah dan Bani Ghanim, yang merupakan sebuah keluarga yang diyakini pernah datang ke sana bersama Shalahuddin Al-Ayyubi. Juga disebut sebagai Pintu Walid atau Pintu Al-Khalil Ibrahim sebagai penghormatan.
Pernah dihancurkan oleh seorang fanatik Yahudi, dan pada bulan Jun 1998 selesai dibaik pulih.
Ia terletak di bahagian barat tembok Al-Aqsa dan sangat besar dan kukuh, dengan ruang masuk memanjang dengan ketinggian 4.5 meter. Ia dibaik pulih pada zaman Raja Al-Muadzam Isa tahun 600H/1203M.
Namanya dinisbatkan kepada Nazhir (wakaf) Dua Tempat Suci di Arab Saudi, dan terhadap dua tempat suci di Palestin iaitu Al-Aqsa dan Masjid Ibrahimi.
Sejak penjajahan rejim Zionis, ia menjadi salah satu daripada tiga pintu al-Aqsa yang tidak dibuka untuk jemaah solat Maghrib, Isyak dan Subuh.
Pintu yang kukuh dengan jalan masuk sempit memanjang ini terletak di barat masjid, antara pintu Nadhir dan Qathanin. Ia dibina dalam abad ke-13. Ia juga digelar sebagai pintu Argon, berasal dari bahasa Turki yang bermaksud Besi (Al-Hadid) yang dinisbatkan kepada Emir Mamluki Argon Kamili yang membaik pulih pintu itu antara tahun 775–758H/1354–1357M.
Terletak di sebelah barat masjid, di antara pintu Al-Hadid dan Muthoharah. Paling indah, paling anggun dan besar, nama pintu ini diambil dari Pasar Kapas.
Berbentuk persegi panjang dengan ketinggian 4.5 meter, pintu ini dibina pada tahun 1336 pada masa Sultan Al-Malik an-Nasir Nasir ad-Din Abu’l Ma’ali Muhammad bin Qalawun (1285-1341) dari Kesultanan Mamalik.
Memiliki banyak nama di antaranya Pintu Kurungan, Pintu Majlis dan Pintu Mikail.
Pintu ini terletak berdekatan pintu Qathanin, di antara ribath zamani di sebelah utara dan sekolah Utsmaniah di sebelah selatan. Kedua tempat ini dimakmurkan sampai sekarang oleh keluarga Baitlmaqdis dengan laluan masuk memanjang, dengan ketinggian 3.5m. Ia dibaik pulih di zaman Amir Mamluk Alauddin Bashiri tahun 666H/1266M.
Ia juga dikenali sebagai Pintu Wudhu atau Pintu Mutawadhi kerana ada tempat wuduk di sana. Ini adalah satu-satunya pintu yang tidak menuju secara terus ke jalanraya dan lorong-lorong Kota Lama Baitulmaqdis, namun ada jalan khusus dari jalanraya dan lorong-lorong sejauh 50 meter ke dalam.
Ia dibina pada zaman Sultan Ayyuni Adil Abu Bakr Ayyub. Menurut riwayat, ia dibina oleh Raja Agung Isa Ayyubi dan dibaik pulih di kawasan pasar Aladuin Bashiri di zaman Mamluk dan diperbarui oleh Wakaf Islam pada tahun 1980-an. Pintu ini merupakan laluan khusus untuk kaum lelaki.
Gerbang ini memiliki dua pintu masuk, yang pertama Pintu Al-Silsilah yang berstatus “buka” dan Pintu As-Sakinah yang tertutup dan hanya dibuka pada saat-saat tertentu saja. Ia terletak di bahagian selatan tembok masjid Al-Aqsa. Kedua pintu dengan tinggi 4.5 meter dibina dan diperbarui pada masa Kesultanan Ayyubiyah di tahun 1203.
Ini adalah salah satu daripada tiga pintu masjid yang dibuka hanya untuk solat Maghrib, Isyak dan Subuh, sejak rejim Zionis menjajahnya pada tahun 1967.
Ia juga dikhususkan untuk pendatang Yahudi keluar setelah menceroboh masuk tapak suci itu.
Ini adalah pintu yang paling penting dan tua di masjid Al-Aqsa, terletak di tembok sebelah barat dekat tembok Al-Buraq dengan jalan masuk melengkung. Ia juga dikenali sebagai pintu Al-Buraq dan Pintu Nabi, diyakini di sana Nabi Muhammad SAW masuk masjid Al-Aqsa ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Sejarawan yakin bahawa Umar bin Khattab masuk melalui pintu ini ketika membebaskan masjid al-Aqsa.
Ia dibina semula pada zaman Sultan Mamluk Nashir Muhammad bin Qalawan pada tahun 713H/1313M.
Ia dinamakan demikian kerana terletak berdekatan dengan perkampungan para mujahidin dari Moroko (Magharibah) yang datang bersama Salahuddin Al-Ayyubi.
Ini adalah satu-satunya pintu yang kuncinya dirampas oleh rejim Zionis sejak dijajah pada tahun 1967. Ia adalah pintu khusus untuk orang bukan Islam, dan digunakan sebagai laluan pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci itu.
Manakala pintu-pintu yang ditutup adalah.
Pintu Al-Janaiz terletak di sebelah timur Masjid Al-Aqsa. Tembok masjid sebelah timur juga merupakan tembok kota Baitulmaqdis. Di tembok ini hanya ada dua pintu, iaitu Pintu Al-Janaiz dan Pintu Ar-Rahmah. Pintu Al-Janaiz khusus digunakan untuk membawa janazah dari masjid ke perkuburan Rahmah, di sebelah masjid. Ia ditutup pada masa Sultan Salahuddin untuk menjaga masjid dan kota Baitulmaqdis dari berbagai serangan.
Pintu Ar-Rahmah merupakan pintu kedua di sebelah timur Masjid Al-Aqsa. Ia terdiri dari dua pintu masuk, yang dinamakan dengan Ar-Rahmah di sebelah selatan dan at-Taubah di utara Masjid Al-Aqsa. Penganut Kristian memberinya nama Pintu Emas. Mereka percaya bahawa “Jesus” (Nabi Isa AS) masuk melalui pintu ini dan akan keluar lagi nanti dari pintu ini. Pintu setinggi 11.5 meter ini termasuk salah satu laluan umum untuk masuk ke Masjid Al-Aqsa dari arah timur laut.
Suatu ketika dahulu pintu ini terbuka hingga tibanya perang salib. Tentara salib menjadikan pintu ini sebagai pintu masuk untuk menyerang Masjid Al-Aqsa dan Kota Baitulmaqdis.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa sejurus setelah pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin Al-Ayyubi, semua pintu ditutup demi menjaga kota Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa dari serangan musuh.
Ini pintu masuk ke Masjid Al-Marwani di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa. Pintu ini juga ditutup oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Pada tahun 1990 ketika rejim Zionis menduduki kota Baitulmaqdis, mereka ingin menyerbu Masjid Al-Marwani dan sudah membuat tangga di sana dan ingin membukanya, tetapi kaum Muslimin berhasil memulihkannya kembali untuk menjadikannya tempat solat seperti asal.
Ia terletak selatan masjid. Pintu ini dinamakan sedemikian kerana ia mempunyai dua pagar. Ia dibina sebagai pintu masuk Amir dan Sultan untuk mendirikan solat di Masjid Qibli sebagai imam. Kerana pintu ini berhimpitan langsung dengan istana Bani Umayyah yang berada di selatan masjid, ia ditutup atas perintah Salahuddin untuk menjaga masjid dan Baitulmaqdis dari serangan. Ini adalah kerana pagar Masjid Al-Aqsa di sebelah selatan juga menjadi pagar Kota Baitulmaqdis.
Tidak banyak bahan sejarah yang menjelaskan tentang Pintu Al-Munfarid kerana keadaannya yang telah tertutup ketika masa Sultan Salahuddin mengalahkan tentera Salib dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.
Menara ini dinamakan juga Menara Al-Fakhriyah kerana dibina oleh al-Qadhi Syarafuddin Abdurrahman bin Ash-Shahib Fakhruddin Al-Khalili pada masa Sultan Malik Sa’id Muhammad Nasiruddin Barkah Khan dari Kesultanan Mamalik al-Bahriyah pada tahun 677 Hijriah, dengan bentuk seperti yang ada sekarang ini.
Bahagian atas menara ini pernah hancur akibat gempabumi pada tahun 1922 M, kemudian dibina semula pada tahun yang sama. Ini adalah menara Masjid Al-Aqsa yang paling kecil, dengan ketinggian 23.5 meter dan diameter 2.5 meter. Struktur bangunannnya berbentuk empat segi, dan sebahagian tapaknya berhimpitan dengan Masjid an-Nisa’.
Menara setinggi 35 meter ini dinamakan juga Menara Mahkamah kerana ia berdampingan dengan Madrasah Tankaziyah yang berubah menjadi bangunan mahkamah pada masa kesultanan Uthmaniah. Ia dibina pada masa Mamalik pada tahun 730 Hijriah oleh Amir Saifuddin Tankiz an-Nashiri pada masa Sultan Malik Nashir Muhammad bin Qalawun dari kesultanan ketiga Uthmaniah, dengan bentuk bangunan seperti yang ada sekarang ini.
Ia direnovasi pada tahun 1922 selepas berlakunya gempabumi. Menara ini terletak di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, di samping pintu As-Silsilah di sebelah utara, dan Madrasah Asyrafiyah di sebelah selatan. Madrasah Asyrafiyah kini berubah menjadi perpustakaan Masjid Al-Aqsa.
Menara ini berada di timur laut dari Masjid Al-Aqsa, di sudut pertemuan antara pagar utara dan barat masjid. Nama Al-Ghawanimah diambil dari kampung yang berada di sekitar pintu tersebut. Dinamakan juga Menara Qalawun dan Menara As-Sarai pada masa Mamalik. Menara ini dibina oleh al-Qadhi Syafafuddin Abdurrahman bin Ash-Shahib al-Wazir Fakhruddin al-Khalili pada masa Mamalik tahun 697 Hijriah. Ia kemudian diperbaharui pada tahun 730 Hijriah oleh al-Amir Saifuddin at-Tankizi an-Nashiri ketika membina Menara Pintu As-Silsilah. Menara ini adalah menara tertinggi di Masjid Al-Aqsa dengan ketinggian 38.5 meter dan diameter tapak 5.5 meter serta diameter badan menara 4.5 meter.
Menara ini berada diantara pintu Al-Asbat dan pintu Hittah, di sebelah utara Masjid Al-Aqsa. Ini adalah satu-satunya menara di utara Masjid Al-Aqsa. Ia dibina pada masa Mameluk pada tahun 769 Hijriah oleh Al-Amir Saifuddin, pengawas dua kota suci (al-Quds dan al-Khalil) ketika Sultan Malik Asyraf Sya’ban bin Hasan bin Sultan Malik Nasir bin Muhammad bin Qalawun memerintah. Informasi tersebut terukir di menara.
Pada tahun 1927, terjadi gempabumi sehinggakan bahagian atas menara ini hancur. Ia kemudian direnovasi pada tahun yang sama oleh Dewan Tinggi Islam dengan merubah bentuk asal. Sekarang ia berbentuk tabung silinder dan menjadi satu-satunya menara dengan bentuk seperti itu. Sebelum terjadi gempa, menara ini dikatakan berbentuk segi empat. Tinggi menara ini mencecah 28.5 meter dengan lebar tapaknya 4.5 meter dan diameter tabung silindernya berukuran 3 meter.
Beberapa mihrab dapat ditemukan di halaman-halaman, tempat-tempat beribadah, di dalam kubah-kubah dan di dalam masjid-masjid. Mihrab-mihrab itu menunjukkan pada jamaah-jamaah arah kiblat. Di halaman Masjid Al-Aqsa masih ada beberapa mihrab lainnya seperti Mihrab Ali Pasa, Mihrab Dawud Pasa, Mihrab Masjid Al-Marwani, Mihrab Pintu Gerbang Barat Daya.
Dibina pada zaman Umayyah. Ia merupakan mihrab utama dalam dewan solat Jami’ Al-Qibli.
Terletak dalam sebuah bilik di sebelah timur Jami’ Al-Qibli. Dipercayai nabi Zakaria a.s. berkunjung ke bilik Mariam a.s. melalui mihrab ini.
Terletak di tembok selatan kompleks al-Aqsa. Ia merupakan satu-satunya tanda arah kiblat. Umar r.a. dikatakan pernah bersolat di situ. Pernah beberapa kali dibina semula di zaman Fatimiyah dan Mamluk. Dipercayai nabi Daud a.s. bersolat di situ.
Di halaman Masjid Al-Aqsa terdapat 26 tempat solat. Tempat-tempat solat itu pada ketinggian satu meter di atas permukaan tanah dan terbuat dari batu. Untuk setiap tempat solat terdapat tangga-tangga untuk naik ke atas, tapi di sebahagian tempat solat tidak terdapat mihrab. Tempat-tempat solat ini lebih banyak digunakan sebagai tempat belajar ilmu, pelajaran dan tempat beribadah.
Terdapat 26 telaga di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa. Dulu tidak hanya digunakan oleh orang-orang Baitulmaqdis untuk beribadah saja, tapi telaga-telaga itu juga digunakan untuk keperluan harian.
Tembok di mana Nabi SAW menambatkan kendaraannya ketika Israk dan Mikraj. Nabi SAW menambatkan kenderaannya di tembok ini dan masuk ke Masjid Al-Aqsa. Tembok ini juga dikenal sebagai Tembok Magharib.
Dikenal sebagai mimbar yang memiliki hiasan motif, sulaman dan tulisan khat, serta berbagai simbol indah. Nuruddin Zinki membuat mimbar itu selama 20 tahun dengan niat akan memasangnya di Masjid Al-Aqsa sesudah berhasil membebaskan Baitulmaqdis. Nuruddin wafat sebelum pembebasan Baitulmaqdis. Ketika Salahuddin Al-Ayyubi berhasil membebaskan Baitulmaqdis, maka dia pindahkan mimbar Nuruddin Zinki itu dari Aleppo ke Baitulmaqdis dan dia pasang di Masjid Al-Aqsa. Pada tahun 1696 seorang Yahudi fanatik membakar mimbar itu. Mimbar baru sudah dibuat sementara mimbar lama juga dibaik pulih.
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) adalah sebuah NGO yang didaftarkan pada tahun 1989. Biro HALUAN Palestin memberi fokus kepada permasalahan Palestin melibatkan program kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia, projek bantuan kepada penduduk dan pelarian Palestin, serta kempen solidariti ke arah pembebasan bumi Palestin serta Masjid al-Aqsa yang penuh barakah.
Kenali Kami
Soalan Lazim
Hubungi Kami