Anjing-anjing Tentera Zionis Dilatih Menerkam Sesiapa Yang Menyebut Allahu Akbar

Zionis Israel bukan sahaja mendidik anak-anak mereka memusuhi Islam, malahan mereka juga mahukan supaya binatang dibentuk dengan perangai menentang apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan Islam.

Seorang ahli parlimen Israel (Knesset) berbangsa Arab, Ahmed Tibi, mendakwa dalam sidang Knesset Isnin lalu bahawa dalam satu upacara demonstrasi oleh Unit Pasukan Anjing tentera pengganas Zionis Israel yang disaksikan oleh ibubapa pelatih pada hari Ahad lalu, ternyata anjing-anjing mereka dilatih untuk menerkam dan menyerang sesiapa sahaja yang menyebut ‘Allahu Akbar.’

“Anjing-anjing tentera Israel dilatih untuk menyerang mana-mana orang Arab yang menjerit “Allahu Akbar” sebagai satu reaksi Pavlovian [tindakbalas kepada persekitaran]. Jadi sekarang saya menjerit: Allahu Akbar. Mana anjing-anjing yang hendak menyerang saya?,” usik Ahmed Tibi dalam sesi Knesset.

Spekulasi mengenai latihan anjing-anjing ini pada mulanya didedahkan oleh seorang wartawan tentera Radio Israel, Carmela Menashe.

Tentera pengganas Zionis Israel menyangkal dakwaan ini. Bagaimanapun, pihak tentera Israel mengeluarkan satu kenyataan berbunyi: “Salah satu daripada kebolehan unit pasukan anjing adalah melatih anjing-anjing mengenal-pasti lokasi musuh, samada mereka berpakaian tentera ataupun pakaian awam. Ini adalah satu kebolehan yang telah terbukti dalam banyak kes.” [mn/Hareetz]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts