Bayi Berumur Tiga Hari Jadi Mangsa Keganasan Zionis

nourGAZA, 15 Jul 2014 (MEMO) — Serangan udara tentera Zionis ke atas rumah keluarga Issa malam tadi mencederakan Nada dan bayinya Nour, yang baharu berumur tiga hari. Kedua-duanya mengalami cedera ringan, menjadikan si kecil itu sebagai mangsa paling muda dalam gelombang serangan Zionis kali ini.

“Alhamdulillah, saya tidak kehilangan Nour,” kata ibu bayi tersebut kepada agensi berita Anadolu. “Tidak dapat saya bayangkan hidup tanpa bayi pertama saya ini, yang saya tunggu begitu lama.”

Seakan melupakan kesakitan yang dialaminya sendiri, Nada sedih dengan insidenĀ serpihan bom tentera Zionis yang mengenai bayinya itu. Bagaimanapun beliau bersyukur kerana bayinya tidak menjadi salah seorang korban di kalangan anak-anak Gaza.

Hayel, bapa kepada Nour, pada awalnya tidak percaya bahawa anak dan isterinya itu terselamat apabila melihat mereka berlumuran darah dengan banyak sekali. “Tidak dapat saya bayangkan betapa bayi ini terpaksa menanggung kecederaan begitu rupa,” kata Hayel. “Saya sangka dia boleh terkorban hanya dengan akibat terdengar bunyi letupan bom.”

Serangan tanpa henti oleh tentera Zionis setakat ini mengorbankan 195 penduduk Gaza dan mecederakan lebih 1,260 yang lain. 33 orang daripada yang terkorban adalah kanak-kanak, dengan mangsa termuda berumur satu tahun.

Menurut UNRWA, seramai 18,000 penduduk kini kehilangan tempat tinggal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts