Dalang Di Sebalik Penangkap Syeikh Ra’ed Solah

Penangkapan Sheikh Ra’ed Salah oleh pihak berkuasa British pada baru-baru ini adalah satu penghinaan yang sungguh nyata ke atas pertimbangan asas dalam sistem keadilan. Sheikh Salah merupakan salah satu pemimpin terkemuka 1.7 juta masyarakat Palestin. Penangkapannya juga adalah merupakan satu aib yang tidak akan dapat dipadamkan dan akan terus menghantui sistem keadilan British bagi suatu tempoh yang lama pada masa akan datang.

Jauh sekali terhasil daripada pelanggaran undang-undang, penangkapan itu seolah-olah telah didorong oleh aduan bermotifkan dendam oleh golongan Zionis pro-Israel di ibu negara British. Pada dasarnya, motif sebenar di sebalik penangkapan itu adalah untuk menutup mulut salah satu defendan yang paling lantang menyuarakan hak penduduk Palestin – seorang   yang telah lama dianiaya perisikan Israel, termasuklah cercaan dan cubaan membunuh.

Saya bukan bercakap tentang seseorang yang saya tidak kenali. Sejak akhir 1980-an, saya telah banyak kali bertemu Ra’ed Salah. Saya pernah melawat beliau di rumahnya di Um al-Fahm dan menghadiri ceramah-ceramah beliau. Dan dari perkenalan saya dengan lelaki ini, saya dengan sesungguhnya boleh membuktikan kejujuran, kesolehan, kemuliaan dan tauliah beliau yang bersih. Beliau adalah seorang lelaki yang lebih suka menjadi seorang bermoral [melakukannya] daripada menggunkan suara politik dengan tepat – beliau tidak akan mengelak daripada menyatakan kebenaran [pada pandangannya] kerana bimbang akan reaksi orang ramai yang tidak diingini.

Sheikh Ra’ed Salah, dengan itu, merupakan seorang lelaki berprinsip luhur. Beliau percaya bahawa beliau mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara menentang penindasan, terutamanya penindasan lucah oleh Israel yang dikenakan ke atas penduduknya sendiri – di  kedua-dua belah Garisan Hijau, di Tebing Barat, di Semenanjung Gaza, termasuklah Israel.
 
Beliau tergolong dalam kategori orang yang istimewa, yang merangkumi lelaki dan wanita, yang mana berdiri menghadapi kuasa, membuang berat moral mereka ke sebelah pihak yang lemah, yang ditindas dan yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Oleh itu, mengecap rasisme kepada lelaki ini adalah satu penghinaan kepada kebenaran, yang hanya boleh dibuat oleh Ignoramuses [orang yang jahil] yang mana kecacatan pada perangai jahil ini tidak akan pernah dapat diperbaiki ataupun oleh pendusta yang beniat jahat.

Namun, faham-faham sahajalah, perisikan Israel telah membuat pelbagai usaha yang dapat difikirkan untuk memburuk-burukkan dan menunjukkan bahawa Sheikh Salah adalah seorang penjenayah.

Pada bulan Oktober 2000, ejen-ejen Shin Beth [Agensi Risikan Israel] cuba untuk memasukkan beberapa gram hashish ke dalam poketnya dengan harapan untuk mencemarkan imejnya di kalangan warga Arab Israel. Beberapa tahun kemudian, beliau telah dituduh menggalakkan keganasan dan membahayakan keselamatan negara Israel.

Menariknya, caj “keganasan” ini datang dari sebuah negeri yang masih mewujudkan dan mengamalkan keganasan, walaupun 63 tahun selepas kelahiran haramnya – yang  mana tidak akan terjadi tanpa keganasan massa, pembersihan etnik dan penyingkiran sebahagian besar daripada pribumi tulen tanah Palestin.
 
Dalam dekad yang lalu, Shin Beth telah mulai merasa jengkel dengan aktivisme Salah yang terfokus dan berkesan. Ianya berpusat pada satu tema utama – menyelamatkan Masjid Aqsa dari konspirasi dan rancangan permusuhan Israel.
 

Pelbagai jenis tuduhan telah direka terhadap lelaki ini, termasuklah dari mempunyai hubungan dengan organisasi pengganas kepada pemberian tepung, makanan dan pakaian kepada anak-anak “pengganas.” Israel mengklasifikasikan rakyat Palestin hanya kepada dua kategori: “pengganas” yang patut dihapuskan – mereka yang menentang pendudukan keji Israel, walaupun melalui cara aman,; dan penyumbang [pembelot] yang sama ada tidak berkata apa-apa dan tidak berbuat apa-apa, ataupun bersetuju untuk menjadi pemberi maklumat rakyat sendiri.
 

Sheikh Salah dan beberapa rakan-rakannya dalam gerakan Islam di Israel pernah menjalani tempoh penahanan penjara yang lama kerana disabitkan dengan tuduhan yang kebanyakannya remeh dan tidak kukuh. Di mana-mana negara yang mempunyai sistem keadilan yang berwibawa, tuduhan semberono seperti itu akan digugurkan sebagai tuduhan palsu dan tiada mempunyai kebolehpercayaan.

Walaubagaimanapun, kita sedang membicarakan tentang Israel – sebuah negara yang mengecap dirinya sebagai satu-satunya demokrasi di Timur Tengah walaupun dalam realiti, ia ‘bermukah’ [tidak menghormati]dengan aspek-aspek keadilan yang paling asas, seperti prinsip kehakiman yang tak lapuk dek zaman – bahawa orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dia terbukti bersalah.
 
Di Israel, terutamanya apabila orang bukan Yahudi [contohnya Palestin] terlibat dengan sesebuah kes, prinsip keadilan akan diterbalikkan dan tertuduh menjadi bersalah sehingga terbukti tidak bersalah.
 
Dalam tahun kebelakangan ini, pentadbiran keadilan di Israel – sebuah negara yang berdasarkan ketidakadilan dan penindasan, telah menjalani metamorfosis Kafkaesque [Franz Kafka]. Seorang yang berketurunan Palestin – seorang lelaki atau perempuan yang tidak pernah melemparkan batu ke arah kakitangan Israel yang lengkap berperisai yang sedang menyerang kampung atau bandar mereka, dianggap sebagai bersalah walaupun telah terbukti tidak bersalah.
 
Hal ini merupakan sebab mengapa beribu-ribu rakyat Palestin yang tidak bersalah, termasuk para pemimpin politik, penggubal undang-undang yang terpilih, profesor kolej dan golongan profesional dari pelbagai bidang sedang menderita di penjara-penjara Israel dan kem-kem tahanan. Mereka tiada disabitkan kesalahan melainkan kerana pemikiran, pandangan dan perasaan mereka.
 
Sebagai kesimpulan artikel ini, saya ingin merujuk kepada hati nurani orang-orang British: Dengan standard moral apakah, orang-orang yang tidak pernah menyakiti sesiapa sahaja dalam kehidupan mereka, seperti Ra’ed Salah, ditangkap dan dianiaya kerana pemikiran mereka, manakala penjenayah perang sebenar seperti Ehud Barak, Moshe Ya’alon dan Ariel Sharon, yang menanggung di tangan mereka begitu banyak darah yang tidak berdosa, diberikan sambutan dengan layanan yang penuh tertib di tangan pihak berkuasa British?

Britain yang telah merampas Palestin dari negeri Islam Uthmaniyyah dan langsung memberikan negeri itu kepada orang-orang Yahudi Zionis di atas ‘pinggan perak’ [sebagai hadiah tanpa usaha] bertanggungjawab ke atas penderitaan dan pahit getir penduduk Palestin yang berpanjangan. Namun, jauh dari membuat penebusan bagi dosanya yang belum lagi terampun – yang telah mengakibatkan bencana, kematian dan kesakitan ke atas jutaan manusia, Britain seolah-olah masih setia kepada mentaliti keji yang telah memotivasikan Lord Balfour pada 94 tahun yang lalu untuk mengotakan janjinya yang paling dasyat [kejam] – memberikan  Palestin kepada Yahudi Zionis.

Disunting dari tulisan Khalid Amayreh, berasal dari Palestin, seorang jurnalis yang berpangkalan di Dura, di daerah Hebron. (Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts