Apakah senario yang mungkin berlaku?
Beberapa rancangan telah disebut-sebut, semuanya dilihat membawa melapetaka kepada Palestin dan penduduknya.
Rancangan pertama melibatkan pengilhakan semua Kawasan C Tebing Barat, iaitu wilayah yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis di bawah Perjanjian Oslo. Ia melibatkan semua kawasan penempatan haram yang diduduki sekitar 400,000 pendatang Yahudi, dan juga Lembah Jordan.
Rancangan kedua pula hanya membabitkan kawasan Lembah Jordan yang selama ini dituntut oleh rejim Zionis. Kawasan yang didiami 56,000 penduduk Palestin di samping 11,000 pendatang Yahudi ini kaya dengan sumber asli dan sangat strategik.
Senario ketiga, rejim Zionis akan mengilhak blok-blok utama penempatan haram Maale Adumim, Ariel dan Gush Etzion yang keseluruhannya menempatkan sekitar 85,000 pendatang Yahudi. Maale Adumim merentas kawasan di antara Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat. Gush Etzion terletak di Beit Lahm, dan Ariel di tengah wilayah Tebing Barat menghadap Nablus.
Pengilhakan kawasan tersebut akan memberi kesan buruk ke atas wilayah-wilayah lain di Tebing Barat, dari kota Baitulmaqdis sehinggalah ke Beit Lahm, dan membentuk wilayah rejim Zionis yang mengepung jantung bumi Palestin.
Senario ketiga buat masa ini dilihat sebagai satu kemungkinan besar.