Fatah Mahu Turut Serta Pelayaran Freedom Flotilla 2

24 April – Anggota senior Fatah, Nabil Syaath, pada Khamis, 21 April lalu mengatakan organisasinya akan turut serta dalam Freedom Flotilla 2 yang dalam usaha menghentikan blokade Zionis ke atas Gaza.

Para anggota senior Fatah akan diizinkan mengikuti misi pelayaran kemanusiaan tersebut, demikian Syaath dalam wawancara dengan Radio Asy-Syams. Ketika ditanya apakah para anggota Fatah itu akan meminta izin terlebih dulu dari Hamas atau pemerintahan penjajah Zionis, Syaath menjawab, “Kami tidak perlu minta izin dari sesiapapun untuk masuk ke tanah air kami, tidak dari Hamas, tidak juga dari pihak keamanan ‘Israel’.”

The European Campaign to End the Siege in Gaza, salah satu organisasi yang menyelenggarakan Freedom Flotilla 2, menyatakan pelayaran kemanusiaan itu akan berangkat pada akhir Mei dengan sekurang-kurangnya 15 buah kapal akan turut serta. Namun Insani Yardim Vakfi (IHH), organisasi kemanusiaan Turki yang menerajui Freedom Flotilla 1, menyatakan pelayaran Freedom Flotilla 2 dijangka bermula pada akhir Jun, selepas pilihanraya di Turki.“Kami tidak mahu misi ini diganggu oleh pelbagai kontroversi yang mungkin terjadi ketika negara kami melangsungkan pilihanraya,” kata Bilici, jurucakap IHH sebagaimana dilaporkan oleh Al-Ahram online.

Flotila kali ini bakal disertai oleh 15 buah kapal dan lebih seribu relawan dari 50 buah negara. Perancangan asal untuk belayar pada akhir bulan Mei adalah sebagai memperingati setahun peristiwa serangan ganas tentera Israel terhadap Freedom Flotilla 1 pada 31 Mei 2010, di mana 9 orang aktivis kemanusiaan terbunuh manakala lebih 60 orang yang lain tercedera. Seramai 12 orang relawan Malaysia turut berada di atas kapal Mavi Marmara ketika kejadian tersebut. (ll4g/saq)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts