[Foto] Dasar Aparthied Zionis Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 5 Mac 2015 (AIC) — Penduduk Palestin di al-Khalil (Hebron) hidup dengan penuh tekanan di bawah sistem Aparthied rejim Zionis sejak lebih 20 tahun lalu. Ikuti gambaran kehidupan seharian penduduk Palestin di sini yang berhadapan dengan keganasan pelampau Yahudi dan layanan buruk tentera Zionis.

 

Seorang askar Zionis dari Briged Golani menyekat seorang kanak-kanak Palestin berumur 10 tahun di sebuah lorong – menghalang beliau dari bergerak sehinggalah kumpulan berhaluan kanan Yahudi, Hebron Fund, selesai membuat lawatan mereka di kawasan tersebut. Hebron Fund berusaha untuk menguasai sepenuhnya kawasan al-Khalil. Setiap hari Sabtu, mereka akan mengadakan lawatan di kawasan sekitar untuk memberi keterangan ‘alternatif’ tentang sejarah al-Khalil, dengan menukar aspek budaya, ekonomi, agama dan sosial yang telah disumbangkan oleh generasi Palestin terdahulu ke atas tempat penuh bersejarah itu.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen mendesak supaya dibuka semula Lorong Shuhada, sekumpulan kanak-kanak mengadakan tarian “dabke” di hadapan sebuah sekatan tentera Zionis yang digelar Checkpoint 58. Seramai 18 orang askar, di tambah lagi dengan enam askar yang berada di atas bumbung dan tujuh orang polis sempadan, bertindak menembak gas pemedih mata dan bom bunyi bagi menghentikan tarian kanak-kanak itu.

 

Tentera Zionis mengawal Lorong Shalalah Lama selama 10 jam dan kemudian berhenti di Bab al Balidiyeh, di mana mereka memeriksa kad pengenalan sekitar 20 penduduk Palestin secara rambang serta memaksa tiga daripada penduduk menyinsing baju mereka.

 

03 - kacau

Tentera Zionis melepaskan lebih 20 tembakan gas pemedih mata dan lapan bom bunyi ke arah pelajar sekolah, menimbulkan suasana kacau ke atas kanak-kanak sekecil lima tahun yang cuba mendapatkan pendidikan di al-Khalil.

 

Sekitar jam 8:00 pagi 25 Februari, tentera Zionis dari Briged Golani yang lengkap bersenjata dan sebahagiannya bertopeng menceroboh masuk Sekolah Lelaki Al-Ibrahimi di al-Khalil ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung, kemudian mengheret keluar dan menangkap seorang pelajar 14 tahun.

 

06 - kedai

Beberapa orang pendatang Yahudi dan jurnalis mendekati kedai Abed di Lorong Shuhada di al-Khalil. Salah seorang pendatang, Baruch Marzel, akan bertanding dalam pilihanraya parlimen Zionis pada 17 Mac ini. Mereka cuba memecah masuk kedai, namun apabila mereka diberitahu bahawa kehadiran mereka tidak diundang, mereka mula membaling, memecah dan merosakkan barang-barang jualan. Abed dipukul di bahagian kepala dan anaknya Mohammed tercedera luka di bahagian tangan.

 

Seorang pemuda Palestin berdiri tegap ketika seorang askar Zionis menolak beliau dalam satu protes secara aman mendesak supaya dibuka semula Lorong Shuhada. Lorong Shuhada hanyalah satu contoh polisi kejam Aparthied rejim Zionis. Lorong ini dibina dengan penghadang khas untuk penduduk Yahudi dan pelancong luar, sedangkan penduduk Palestin yang memilik rumah di situ sejak turun temurun, dihalang daripada memasuki lorong tersebut sejak lebih 21 tahun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts