[Foto] Gambaran Kehidupan Di Hadapan Muncung Senjata Zionis

AL-KHALIL, 26 Feb 2015 (AIC) — Kehidupan penduduk Palestin di al-Khalil semakin ditekan kebelakangan ini. Ramai penduduk dan pelajar sekolah ditangkap, rumah-rumah dan khemah Badwi dimusnahkan, dan kebun serta tanah mereka dirompak.

Ikuti gambaran kehidupan penduduk al-Khalil sepanjang minggu lalu melalui foto-foto yang dihasilkan oleh Christian Peacemaker Teams (CPT).

Menara Tentera: Ini adalah menara kawalan tentera Zionis yang digunakan oleh pendatang Yahudi sebagai laluan untuk memasuki rumah-rumah penduduk Palestin yang terletak bersebelahan dengan penempatan haram Avraham Avinu. Penduduk Yahudi menjalankan kerja-kerja membaik-pulih dan memasang pagar di atas rumah penduduk Palestin ini, yang telah dikosongkan. Ini merupakan salah satu kaedah pendatang Yahudi secara perlahan-lahan menceroboh dan meluaskan penempatan mereka di atas tanah rakyat Palestin.

 

Ugutan: Sekumpulan askar Zionis memecah masuk ke dalam rumah keluarga Hirbawi yang terletak bersebelahan muzium di kota lama
al-Khalil. Tujuan mereka adalah untuk menggeledah rumah tersebut dan naik ke atas bumbung. Tentera Zionis sangat agresif dan mendesak supaya ketua keluarga Hirbawi dihubungi untuk mendapatkan kunci untuk membuka sebuah bilik.

 

Gangguan: Pada suatu pagi minggu lalu, polis sempadan Zionis menahan dan memeriksa seorang kanak-kanak 17 tahun dan dua kanak-kanak perempuan yang sedang dalam perjalanan ke sekolah, dengan membuka beg dan menyoal mereka. Gangguan yang berterusan seperti ini menghalang kanak-kanak dari pergi ke sekolah dan memberi kesan psikologi kepada mereka. Tentera Zionis biasanya menyoal mereka tentang perihal bapa, adik-beradik dan sepupu mereka dengan gertakan yang sangat menakutkan.

 

Ditahan di jalanan: Askar Zionis menahan dan memeriksa beberapa orang remaja Palestin, memaksa mereka berdiri di dalam salji dan tidak dibenarkan pulang ke rumah.

 

Serbuan di waktu malam: 30 askar Zionis dari Briged Golani memasuki dua buah rumah penduduk Palestin di kejiranan Tel Rumeida di al-Khalil selama lebih 15 minit. Tidak ada yang ditangkap. Briged Golani terkenal dengan sikap kasar mereka. Tugasan mereka kali ini berakhir dengan agak cepat kerana mendapat bantahan daripada kumpulan hak asasi.

 

Kempen supaya Jalan Shuhada dibuka semula: Penduduk Palestin di al-Khalil mengadakan tunjuk perasaan memperingati pembunuhan di Masjid Ibrahimi pada tahun 1994 dan mendesak supaya Jalan Shuhada dibuka semula. Jalan ini ditutup kepada penduduk Palestin sehingga hari ini sejak berlakunya peristiwa pembunuhan itu.

 

Berjalan ke tadika: Aktivis CPT berjalan bersama kanak-kanak menuju ke, dan pulang dari, tadika setiap hari. Tadika mereka terletak bersebelahan Masjid Ibrahimi. Kanak-kanak ini diganggu oleh tentera dan pendatang Yahudi dalam perjalanan pergi dan balik.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts