[Foto] Masyarakat Antarabangsa Seakan Tidak Peduli Kepada Gaza

GAZA, 6 Nov 2014 (MEMO) — Setelah lebih tiga bulan berakhirnya serangan brutal tentera Zionis ke atas penduduk awam Gaza, Fadl Misbah masih tinggal di dalam rumah yang hanya ditutup dengan helaian plastik dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat tinggal di musim sejuk.

Fadl, 41 tahun, yang mempunyai seramai 13 orang ahli keluarga berkata, “Kami sentiasa terdedah kepada cuaca yang amat sejuk, dan perkara sama dihadapi oleh semua keluarga yang rumahnya dimusnahkan dalam serangan. Anak-anak saya duduk di sini dan air hujan turun dari bumbung rumah kami yang diperbuat menggunakan lapisan nylon, yang tidak dapat melindungi kami daripada cuasa sejuk.”

“Kami ada dengar [berita] tentang persidangan untuk bantuan membina semula Gaza. Namun mereka sangat perlahan dan kami tidak lagi percaya dengan apa yang disebut dan dijanjikan oleh institusi antarabangsa.”

“Penjajahan [oleh rejim Zionis] adalah masalah yang sebenar. Mereka benarkan 440 tan simen dibawa masuk ke Gaza 20 hari lalu ketika Ban Ki-moon membuat lawatan, bagi menunjukkan sifat positif mereka kepada dunia. Tetapi selepas itu mereka tidak lagi membenarkan apa-apa dibawa masuk ke Gaza,” kata Fadl.

Ribuan keluarga di Gaza terpaksa mengharungi bencana ini dalam keadaan masyarakat antarabangsa terus berdiam diri, termasuklah mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Rejim Zionis masih dibiarkan berterusan menyekat Gaza dari dunia luar selepas mereka memusnahkan keperluan asas sosial dan ekonomi penduduk Gaza. Lebih malang lagi, negara jiran Mesir terus menutup pintu masuk di lintasan Rafah sejak dua minggu lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts