[Foto] Sumbangan Susu Untuk Bayi Dan Anak-Anak Syria

DAMASKUS, 24 Nov 2014 (BHP) — Bayi dan anak-anak Syria di Ghouta Syarqiyya sekali lagi menerima sumbangan ikhlas anda menjelang tibanya musim sejuk.

Bantuan yang dihantar pada kali ini adalah dalam bentuk susu untuk bayi dan kanak-kanak. Usaha mengagihkan amanah rakyat Malaysia dan Indonesia itu telah disempurnakan oleh relawan Al-Sarraa Foundation sejak lima hari lalu.

Penduduk di timur kota Damaskus itu telah dikepung oleh tentera rejim Basyar Assad sejak tahun 2011, sehingga terputus bantuan kemanusiaan. Pada bulan Ogos 2013, penduduk Ghouta Syarqiyya telah diserang dengan bom kimia sehingga membunuh lebih 1,400 orang. Sehingga ke hari ini, mereka terus terdedah kepada serangan tentera rejim dan berhadapan dengan krisis kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan. Kanak-kanak juga berhadapan dengan masalah kelaparan dan malnutrisi.

Semoga sedikit bantuan kita ini dapat memberi harapan kepada generasi masa hadapan Syria.

HALUAN mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada anda yang budiman, dan juga para relawan Al-Sarraa Foundation yang sanggup bertaruh nyawa demi menunaikan amanah anda ini. Semoga semua amalam diterima oleh Allah dengan balasan yang terbaik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts