[Foto] Tentera Mesir Cemarkan Kawasan Di Sempadan Palestin

RAFAH, 20 Nov 2015 (MEMO) — Bekerja di sepanjang sempadan Palestin-Mesir di antara Gaza dan Semenanjung Sinai kini menjadi suatu usaha yang sangat merbahaya. Seseorang boleh, contohnya, jatuh dalam ke bawah tanah dalam lubang yang terbentuk oleh air laut yang dipam ke kawasan tersebut oleh tentera Mesir.

Paip air yang besar dipasang di sepanjang sempadan dan air laut dipam masuk bagi, sebagaimana mereka dakwa, memusnahkan terowongan bawah tanah yang digunakan oleh pengganas untuk menyerang tentera Mesir di Sinai. Umum mengetahui bahawa terowongan seperti itu, yang dikenali juga sebagai talian hayat Gaza, digunakan untuk menyeludup masuk keperluan asas bagi mengatasi sekatan yang dikenakan ke atas penduduk Gaza sejak tahun 2007 lagi.

Sekatan tersebut semakin mencengkam setelah Presiden Mohamed Morsi diguling pada 20 Julai 2013. Tentera Mesir yang bertanggungjawab ke atas penggulingan haram itu dengan serta merta menutup pintu lintasan Rafah dan memulakan perang besar-besaran ke atas terowongan di sempadan.

“Seperti mata air”

Seorang ahli pergerakan Khidmat Kebangsaan Palestin, Abdul-Rahman Ali, berkhidmat di dalah satu pengkalan keselamatan yang bertaburan di sepanjang sempadan. Abdul-Rahman menjelaskan bagaiman terkejutnya beliau melihat air laut terbit dari bawah tanah.

“Pertama kali saya lihat perkara ini kira-kira lima minggu lalu. Saya sedang berkawal di sempadan dengan dua orang rakan. Tiba-tiba kami melihat air keluar dari bawah tanah seperti pancutan mata air. Kami terkejut,” kata Abdul-Rahman.

Apabila mereka mendekati tempat kejadian tersebut, mereka cuba merasa air dan mendapati ianya bukan air semulajadi. Beliau tidak pernah tahu tentang pemasangan paip air untuk membanjirkan terowongan oleh tentera Mesir.

“Saya hubungi bilik kawalan, memberitahu mereka tentang keadaan yang berlaku dan mereka terus menghubungi pakar air dan tanah supaya datang ke tempat kejadian. Kami semua terkejut melihat “mata air” di merata tempat.”

Tanah runtuh

Abu-Lo’ai, pemilik sebuah terowong memberitahu bahawa terowong beliau masih tidak rosak, tetapi beliau tidak lagi menggunakannya dan menyuruh pekerjanya beredar dari tempat tersebut.

“Saya rasa merbahaya kerana sebuah terowong yang lain, hanya 15 meter dari terowong saya, telah dipenuhi air laut dan sebahagian besar daripadanya rosak. Saya sangat bimbang hari ini, esok, dan hari-hari berikutnya air tersebut akan memberi kesan kepada terowong saya.”

Beliau juga memberitahu tentang puluhan terowongan lain yang dipenuhi dengan air laut dan mengalami kerosakan.

Namun, menurut beliau, perkaran ini bukanlah satu masalah yang kronik kerana beliau percaya akan mendapat penyelesaiannya. Masalah yang beliau bimbangkan adalah tanah akan menjadi tidak stabil dan boleh membawa tragedi tanah runtuh.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan kebersihan Rafah, Jurutera Usama Abu-Nqirah, juga bimbang tentang perkara yang sama. Menurut beliaum terdapat beberapa kejadian tanah runtuh dan memberi amaran insiden yang lebih banyak akan berlaku sekiranya air laut terus dipam masuk.

“Hanya berlaku beberapa kes tanah runtuh, tetapi terdapat puluhan kesan retakan di sepanjang sempadan dan tanah dijangka akan menjadi mendap serta membentuk lubang yang besar sekiranya lebih banyak air dimasukkan,” terang Usama. Beliau juga memberi amaran bahawa ketidakstabilan tanah akan merosakkan bangunan rumah di kawasan tersebut, memandangkan terdapat banyak mendapan pada jarak hanya beberapa meter daripada kawasan bangunan besar di bandar tersebut.

Tentera Mesir sedia maklum tentang kesan air laut dan mereka memindahkan semua penduduk Mesir dari kawasan yang seakrang ini dijadikan sebagai zon penampan yang luas di sepanjang sempadan. Di Gaza, bagaimanapun, terdapat bangunan kediaman pada jarak hanya 50 meter dari pagar sempadan.

Kemusnahan sumber air

Di samping mencemarkan tanah dengan kandungan garam yang banyak, memusnahkan terowongan dan mengancam kediaman awam, mengepam air laut ke kawasan tersebut juga merosakkan sumber air asli yang sebelum ini sudahpun berkurangan dan dicemari oleh penjajahan Zionis. “Sumber air Palestin berkurangan atas tindakan rejim Zionis, yang menggali ribuan meter lebih dalam daripada apa yang kami buat,” kata Abu-Nqirah. “Mereka curi air bersih kami dan air laut secara perlahan-lahan mengganti masuk.”

Pencemarah tanah ini mempercepatkan lagi peningkatan kadar garam dalam sumber air. “Mereka siram air masin yang begitu banyak ke dalam tanah, yang sepatutnya hanya menyerap air hujan.” Abu-Nqirah berkata bahawa pakar air antarabangsa memberi amaran tentang kesan yang “hebat dan merbahaya” ke atas alam sekitar berikutan projek tentera Mesir itu, terutamanya kepada sumber air asli.

Harakah Perlawan Islam, Hamas, yang dipilih memimpin kerajaan Gaza sejak pertengahan tahun 2007 telah beberapa kali memohon supaay Mesir menghentikan tindakan mereka mengepam air laut ke dalam wilayah Palestin. Namun pihak Mesir bertegas bahawa mereka perlu mempertahankan keselamatan negara mereka. Dalam lawatan beliau ke Kaherah minggu lalu, pemipin Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmud Abbas, memberi para jurnalis Mesir bahawa beliau sedar tentang semua tindakan yang dilakukan oleh pihak Mesir di sempadan Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts