TEBING BARAT, 28 Sept 2014 (Alray) — Penduduk di perkampungan Wadi Fukin menerima notis supaya mengosongkan tanah mereka seluas 400 hektar. Tindakan rejim Zionis ini merupakan satu perancangan untuk merampas tanah Palestin yang terbesar sejak 30 tahun lalu.
Perkampungan Wadi Fukin terletak di barat Bethelehem di sepanjang Green Line. Tiga sisi kampung ini dikelilingi oleh penempatan haram Yahudi yang semakin berkembang luas.
Penduduk Palestin di sini bukan sahaja diarahkan meninggalkan tanah mereka, bahkan kebun-kebun zaitun mereka juga telah dimusnahkan. Namun mereka tetap enggan mematuhi arahan jahat rejim Zionis itu dan bersedia untuk berhadapan dengan perjuangan panjang mempertahankan tanahair mereka.











