1 Sept – Ismail Haniyya, Perdana Menteri bagi kerajaan Gaza, menyatakan yang amanah kerajaannya yang diberikan oleh rakyat Palestin adalah “supaya tidak melepaskan hak penduduk Palestin ke atas Baitul Maqdis, agar tidak menjual darah syahid yang membela Palestin, dan agar tidak mengiktiraf entiti Zionis”.
Haniyya menambah bahawa rintangan dan kemenangannya terhadap serangan Israel di Gaza, akan mengatasi dan akan mengetuai rakyat Palestin untuk pembebasan.
“Rintangan akan kekal teguh, kami tidak akan mengiktiraf entiti Zionis”, katanya, “Rakyat kita di Gaza adalah pejuang-pejuang kebebasan yang mempertahankan negara, dan mengorbankan diri mereka untuk mencapai kebebasan dan untuk masa depan yang lebih baik bagi rakyat mereka, mereka mempertahankan agama mereka dan tanah air mereka”, tegas Haniyya.
Haniyya juga berkata bahawa dengan izin Allah, kami akan berkumpul di dalam halaman-halaman masjid Al Aqsa, bersolat dan berdoa agar masjid suci ini bebas dari cengkaman Yahudi.