Gaza: Korban agresif Israel ke Jalur Gaza di hari ke-18 meningkat menjadi 975 gugur syahid dan 4300 cedera akibat operasi serangan udara, darat, dan laut ketenteraan zionis dalam beberapa jam terakhir.
Dr. Muawiyah Hasanain menegaskan kepada Infopalestina kelmarin Selasa (13/1) bahawa jumlah korban gugur syahid hingga saat ini meningkat menjadi 975 orang, 311 anak-anak, 95 wanita. Sementara bakinya kebanyakan dari warga awam. Ini disebabkan serangan Israel menjurus kepada rumah-rumah penduduk tempatan dan wilayah penduduk padat.
Dr. Hasanain menegaskan bahawa jumlah mangsa yang tercedera akibat serangan ganas Israel kini sudah mencapai 4300 orang, 375 di antaranya dalam keadaan kritikal dan 1500 adalah anak-anak serta 690 dari kalangan wanita.
Selain itu korban di kalangan pasukan medikal berjumlah 13 orang syahid 32 lainnya cedera, 15 buah ambulan dihancurkan Israel dan sejumlah kenderaan pembantu medik kalangan orang awam juga rosak kerana serangan Israel. (Sumber: InfoPalestin.com)