Hospital Di Gaza Mungkin Terpaksa Ditutup

GAZA, 6 Ogos 2015 (MEMO) —┬áSebilangan hospital di Gaza mungkin terpaksa ditutup ekoran kekurangan dana dan keadaan krisis kemanusiaan yang berlanjutan di wilayah yang terkepung itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Palestin, Dr Yousef Abu Al-Rish, memberi amaran bahawa pusat-pusat kesihatan dan hospital di Gaza kini berada dalam keadaan yang dahsyat, sehinggakan rawatan asas juga mungkin terpaksa dihentikan.

Beliau menyalahkan kerajaan perpaduan di Ramallah yang mengabaikan tanggunjawab ke atas penduduk Gaza, terutamanya dalam sektor kesihatan.

“Kementerian di Gaza tidak mampu menanggung kos untuk keperluan operasi dan pengurusan harian. Masalah ini semakin buruk dari hari ke hari.” Menurut beliau, antara masalah terbesar bagi sektor kesihatan di Gaza adalah berkaitan pekerja hospital yang tidak menerima bayaran gaji sejak dua tahun lalu.

Dr Yousef mengecam sikap pemerintah di Ramallah yang terus menghalang kemasukan ubat-ubatan dan staf perubatan ke Gaza, sambil memberi amaran bahawa Gaza kini kehabisan berbagai jenis ubat-ubatan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts