Ibu Adel Ankoush dibebaskan selepas dipenjara 2 minggu

RAMALLAH, 5 Julai 2017 (Maan) — Wanita Palestin Zainab Ankoush, ibu kepada Adel Hassan Ahmad Ankoush yang ditembak mati dalam serangan menikam seorang anggota polis wanita Zionis pada 16 Jun lalu, dibebaskan oleh mahkamah penjara Zionis di Ofer setelah dikurung selama dua minggu.

Zeinab ditangkap dalam operasi tentera Zionis memburu keluarga tiga pemuda yang dituduh terlibat dalam serangan itu, termasuk keluarga Baraa Ibrahim Saleh, 18, dan Usama Ahmad Ata, 19, dan juga seluruh penduduk perkampungan Deir Abu Mashaal di Ramallah, tempat asal tiga pemuda tersebut.

Polis Ziois mendakwa Zeinab disyaki mendukung pertubuhan pengganas dan merancang untuk melakukan serangan, serta menghasut keganasan.

Zeinab dibebaskan dengan syarat beliau membayar denda sebanyak 6,000 shekel (RM7,400) dan mendapat jaminan pihak ketiga sebanyak 20,000 shekel (RM24,600) bagi memastikan beliau hadir dalam perbicaraan mahkamah yang seterusnya. Beliau juga dipaksa supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang “menghasut” setelah dibebaskan.

Suaminya, Hassan, turut ditangkap dalam serbuan pada 29 Jun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts