Ibu Kepada 3 Tahanan Masih Dikurung Walaupun Tamat Hukuman

NABLUS, 5 Jan 2018 — Rejim Zionis enggan membebaskan Haneyya Sharay’a, 62, dari penjara walaupun beliau telah menamatkan hukuman dan sepatutnya dibebaskan Rabu lalu.

Mahkamah tentera Zionis di Salem memutuskan Haneyya dipenjara selama tujuh hari dan denda sebanyak 5,500 shekel (RM6,450) selepas ditangkap ketika menghadiri perbicaraan anak lelakinya Walid. Ketika kejadian, seorang pegawai polis perempuan Zionis menyerang Haneyya ketika cuba membantu anak itu yang dipukul oleh seorang anggota polis, dan ibu tersebut kemudian dihukum bersalah.

Rejim Zionis enggan membebaskan Haneyya kerana mendapat bantahan daripada seorang pegawai polis wanita.

Tiga anak lelakinya, Hasan, Walid dan Mohammed kini sedang merengkok dalam penjara Zionis.

Haneyya merupakan tahanan wanita paling tua dalam penjara Zionis. Beliau menghidap beberapa masalah kesihatan yang kronik.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts