Ibu Omar al-Abed dikenakan tuduhan “rakan jenayah”

RAMALLAH, 16 Ogos 2017 — Pihak pendakwaraya Zionis memutuskan untuk memfail beberapa tuduhan tuduhan ke atas ibu kepada Omar al-Abed, Ibtisam, berikutan insiden anaknya itu menikam mati tiga pendatang Yahudi bulan lalu.

Ibtisam disebut sebagai “rakan jenayah” kerana tidak menyerahkan anak lelakinya itu kepada pihak polis sebelum beliau melakukan serangan, hanya dengan berdasarkan satu tulisan Omar di laman Facebook.

Menurut pihak pendakwaraya, lima ahli keluarga Omar iaitu ibunya Ibtisam, bapanya Abdul Jalil, dua abang Khalid dan Munir, serta bapa saudaranya Ibrahim, telah maklum tentang rancangan serangan tersebut. Semua mereka akan didakwa atas tuduhan tidak menghalang jenayah.

Omar juga mempunyai sepasang adik lelaki dan perempuan, yang kedua-duanya kurang upaya.

Bukti utama bagi pertuduhan tersebut adalah satu tulisan Omar di laman Facebook beberapa jam sebelum membuat serangan. Tulisan tersebut menyebut, “Saya menulis satu wasiat dan ini adalah kalimah-kalimah saya yang terakhir. Saya masih muda, belum lagi mencapai umur 20 tahun, dan saya punyai banyak impian serta aspirasi.”

“Tapi apa maknyanya hidup ini, di mana mereka membunuh isteri-isteri dan anak muda tanpa sebarang alasan. Mereka nodai Masjid al-Aqsa dan kita masih berdiam tidur, satu keaiban apabila kita hanya berdiam diri,” tulis Omar lagi, dengan mengecam penduduk Palestin yang hanya membawa senjata mereka untuk majlis keraian dan perkahwinan. “Tidakkah kamu malu?”

Keluarga Omar didakwa telah berbincang bagaimana untuk bertindak terhadap apa yang ditulis, tetapi tidak memaklumkan pihak berkuasa.

Polis menangkap ibunya Ibtisam selepas beliau menyatakan rasa bangga dengan apa yang berlaku, serta berharap anak-anaknya yang lain melakukan perkara yang sama.

(PIC, Haaretz)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts