Israel Ancam Akan Tahan Kapal Bantuan Kemanusiaan Iran dan Lubnan Memasuki Gaza

15 Jun – Israel menghantar mesej ancaman kepada Iran dan Lubnan bahawa mereka akan menggunakan kekerasan jika perlu untuk mengelakkan kapal bantuan kemanusiaan Iran dan Lubnan memasuki pantai Gaza memberikan bantuan. Tel Aviv mengancam bahawa kapal tersebut akan disekat di perairan antarabangsa, Tentera Laut dan Tentera Darat Israel akan menggunakan kekerasan jika perlu terhadap konvoi tersebut.

Israel menambah bahawa kapal-kapal yang belayar tersebut digambarkan sebagai menuju ke “pelabuhan musuh” Israel, maka kapal tersebut akan dihentikan walau apa pun yang berlaku.

Israel mengadakan perbincangan dengan Mesir untuk membantu dan menghentikan kapal tersebut setelah mereka mendekati terusan Suez.  Perkhidmatan Keselamatan Israel dan jabatan perisikan Israel sudah mula mengumpul maklumat perisikan tentang kapal, barangan kargo dan relawan yang berada di atas kapal.

2 buah kapal bantuan kemanusia dari Iran yang diterajui oleh Bulan Sabit Merah Iran dan sebuah kapal dari Lubnan yang dinamakan sebagai “Maryam” siap sedia untuk menuju ke Gaza.

Pemimpin senior ketenteraan Israel mula adakan perundingan dengan para pegawai Tentera Laut Israel dalam rangka untuk menentukan strategi menahan kapal-kapal tersebut dalam usaha untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang ketika mereka menyerang Mavi Marmara yang menyebabkan 9 aktivis kemanusiaan terkorban pada 31 Mei yang lalu.
Perkhidmatan keselamatan Israel mendakwa bahawa pihak Hizbullah Lubnan menghantar kapal yang penuh dengan aktivis wanita, yang terdiri dari ahli Hizbullah dan Hamas, dalam usaha untuk memalukan Israel tatkala mereka menyerang kapal-kapal kemanusiaan tersebut.

Menurut sumber Israel, maklumat yang diterima oleh Tel Aviv mendedahkan bahawa, setakat ini, Mesir belum menerima sebarang permintaan dari Iran untuk membolehkan kapal mereka untuk belayar ke Gaza.

Ketua Staf Angkatan Darat Israel, Gabi Ashkenazi, menyatakan bahawa armada Kebebasan, kapal-kapal Iran dan kapal-kapal lain, melakukan tindakan memprovokasi Israel samada melalui media, mahkamah antarabangsa dan agensi atau organisasi yang tertentu.” (imo/hpo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts