Israel cuba menghalang siaran gambar-gambar di Gaza

france24Israel mengharamkan media asing daripada memasuki Genting Gaza. Seorang pemberita dan penulis khusus dalam ehwal peperangan, Arnaud Mercier, menceritakan bagaimana Israel membuat kawalan ketat terhadap laporan berita dari Gaza. Beliau yang juga merupakan seorang penyelidik di CNRS – Centre National de la Recherche Scientifique (Pusat Kajian Saintifik Kebangsaan Perancis) telah ditemubual oleh siaran TV France 24.

FRANCE 24: Israel tidak membenarkan wartawan antarabangsa memasuki Genting Gaza. Mereka memberi alasan berkaitan keselamatan para wartawan. Apa pandangan anda?

Mercier: Alasan ini tidak dapat memperbodoh sesiapa. Benar, wartawan sentiasa mendedahkan diri mereka kepada bahaya semasa perang. Ada kawan-kawan saya yang meninggal ketika membuat laporan. Di Gaza, keselamatan wartawan tidak mungkin menjadi kebimbangan utama tentera Israel. Israel memperkenalkan pencegahan ke atas percetakan dan siaran gambar-gambar yang mungkin akan melemahkan semangat dan persepsi masyarakat. Selepas kegagalan dalam perang di Lubnan pada tahun 2006, IDF (Israel Defence Forces) memutuskan untuk mengenakan kawalan yang ketat ke atas wartawan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan yang boleh dibawa oleh gambar-gambar tersebut kepada pandangan masyarakat antarabangsa (terhadap serangan Israel di Gaza.) Tentera Israel sedar akan kawalan yang telah diambil oleh Pentagon semasa era perang Vietnam, iaitu konflik yang dibawa oleh gambar-gambar menyebabkan gelombang kejutan di kalangan masyarakat.

FRANCE 24: Dari segi risiko, adakah situasi di Gaza unik?

Mercier: Malangnya, ‘bahaya’ adalah kebisaannya menjadi ganjaran dalam peperangan seperti ini. Genting Gaza adalah satu kawasan bandar, terdedah kepada peperangan gerila dalam bandar, dengan risiko tembakan dan letupan betul-betul di pusat bandar. Di kawasan ini, wartawan benar-benar terdedah kepada bahaya. Tetapi tidak lebih dari Chechnya dan mana-mana kawasan perang mutakhir ini.

FRANCE 24: Beberapa gambar yang menunjukkan orang mati dan tercedera diberikan oleh Hamas. Ada yang mencurigai kesahihannya. Adakah kita berurusan dengan satu perang yang ‘tertutup’?

Merceir: Tidak semuanya tertutup. Penutupan lebih di pihak Israel dan komuniti antarabangsa. Doktrin pencegahan oleh Israel adalah suatu yang pelik. Gambar-gambar peperangan disiarkan di stesen-stesen TV Arab ke seluruh dunia. Kalau semuanya datang dari Hamas atau wartawan Arab sekalipun, ini tidak sekali-kali menjadikannya sebagai sumber yang tidak boleh dipercayai. Malahan mereka menjadi bukti kepada bedilan ke atas penduduk Gaza.

Gambar-gambar juga dikeluarkan dan disebarkan oleh pihak lain, contohnya di Internet. Masalahnya adalah samada siaran-siaran Barat ingin menggunakan gambar-gambar yang diambil orang tempatan atau tidak. Mungkin orang boleh pertikai gambar-gambar hamas sebagai bahan propaganda. Tetapi di dalam peperangan komunikasi serba moden, sekatan atau pencegahan terhadap media itu sendiri adalah satu propaganda. Satu sikap yang berkecuali adalah dengan mengambil sebahagian dari gambar-gambar Israel – yang diambil dari jarak jauh – di samping gambar-gambar yang diambil oleh orang Arab untuk mengimbangi semuanya. Pun begitu, sikap sebegini juga tidak dapat dicapai.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts