Ramallah, Tebing Barat (IPS),24 Jun – “Di mana ayahku? Mengapa dia tidak pulang? Aku mahu ayahku,” isakan Yasmin tujuh tahun, mata besar birunya bergenang dengan air mata. Dia bangun setiap malam menangis.
“Hidup saya hanya bermula apabila saya bertemu dengannya. Aku tidak akan pernah bertemu seperti lelaki yang luar biasa lagi,” jelas ibu Yasmin, Moira Julani kepada IPS.
Walaupun hanya statistik untuk Israel, sebuah lagi keluarga Palestin telah musnah. Warga negara AS, Hannah 17 tahun, Mirage 15 tahun dan Yasmin tujuh tahun kini yatim. Mantan penduduk Texas Moira, dahulu Reynolds, yang meninggalkan AS 17 tahun lalu untuk memulakan hidup baru bersama suaminya di Baitulmuqaddis, telah kehilangan suami tercinta.
Dua minggu yang lalu Ziad Julani 41 tahun dari Baitulmuqaddis Timur ditembak beberapa kali dalam jarak dekat di bahagian kepala dan perut oleh pasukan gerak khas Israel ketika dia terbaring atas tanah dengan luka di bahagian perutnya. Ambulans membawanya yang luka parah ke rumah sakit tapi dia meninggal tak lama selepas itu.
Tentera Israel menuduh Ziad dari sengaja cuba untuk melarikan diri dari beberapa orang tentera semasa mereka meronda di jalan.
Bagaimanapun, menurut saksi yang melihat kejadian tersebut berkata bahawa kereta Julani membelok sedikit ketika cermin depan keretanya terkena batu, tanpa ia sedar bahawa ia terperangkap di tengah-tengah pertembungan antara pemuda-pemuda pelontar-batu Palestin dan tentera-tentera Israel.
Dua orang tentera mendapat luka ringan, dan dua orang rakan mereka menembak ke arah kereta Julani, mengenai bahunya. Julani panik kemudian memandu kea rah lain untuk menyelamatkan diri sehingga bertemu jalan mati.
Menurut kesaksian yang dikumpulkan oleh Pusat untuk Sosial dan Hak Ekonomi Baitulmuqaddis, Julani kemudian keluar dari keretanya. Dia ditembak lagi beberapa kali oleh empat pasukan gerak khas polis yang mengejarnya, sebelum ia rebah ke tanah.
Salah seorang polis kemudian menghampirinya dan menembaknya lagi yang telah terluka parah dari jarak dekat di kedua sisi kepala dan di perut sebelum menendangnya.
Saksi yang berusaha membantu Julani dipukul kembali dengan cota (club), salah seorang daripada mereka menerima 20 jahitan di kepala. Manakala yang lain-lain luka-luka, termasuk seorang gadis lima tahun, ketika polis dan tentera menembak mereka dengan peluru getah bersadur keluli.
Para pegawai Israel menuduh Ziad daripada cuba untuk memperbuat “serangan pengganas” serta mempunyai rekod “jenayah.”
“Ziad dikasari oleh tentera Israel sebulan yang lalu ketika dia cuba untuk solat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis. Dia ditahan sementara selama beberapa jam, kemudian dilepaskan, tetapi tidak ada dakwaan telah dikenakan. Mungkin salah satu daripada askar mempunyai dendam terhadap suami saya, “kata Julani kepada IPS.
“Dia tidak terlibat dalam politik dan tidak bergabung dengan kumpulan politik. Dia seorang lelaki baik dengan latar belakang kosmopolitan yang tinggal di Switzerland di zaman kanak-kanak dan kemudian belajar di bidang farmasi di AS.”
“Pada pagi hari dia dibunuh ia pergi untuk solat di Al-Aqsa dan kemudian telah merancang untuk membawa keluarganya berkelah di Laut Mati.”
Kemarahan dan kebencian Israel Judaisasi di bahagian timur bandar terhadap Penduduk Jerusalem Timur semakin meningkat, mereka memusnahkan rumah orang Palestin, dan menghalau keluarga Palestin ke luar untuk membolehkan mereka membina penempatan bagi penduduk haram Israel.
Dalam ketegangan yang meningkat beberapa orang Palestin telah melakukan serangan terhadap warga Israel di Baitulmuqaddis Barat menggunakan kenderaan dan jentolak, membunuh dan mencederakan beberapa orang.
Pihak berkuasa Israel telah menggunakan insiden ini untuk menegaskan “pembelaan diri” dalam peningkatan jumlah kes di mana warga Palestin tanpa senjata telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel dari jarak dekat walaupun tidak memberikan ancaman.
Pada awal tahun berlakunya penggelapan (blackout) media, tahanan rumah dikenakan ke atas wartawan Israel Anat Kamm selepas dia secara senyap menyalin dokumen rahsia Pasukan Pertahan Israel (IDF) saat ia menjalankan perkhidmatan ketenteraan.
Dokumen tersebut menjelaskan pelanggaran terhadap keputusan mahkamah tinggi Israel, bagaimana pasukan Israel membunuh aktivis-aktivis Palestin, sebahagian mereka tidak bersenjata, bukannya sekadar hanya menangkap mereka. Kamm telah dituduh melakukan pengkhianatan.
IPS telah melaporkan sejumlah kes di mana pemuda-pemuda Palestin di Tebing Barat mati akibat ditembak di belakang dan di kepala. IDF awalnya mereka mendakwa telah menggunakan peluru tidak mematikan, dan bertindak dalam “membela diri” setelah mereka “diserang.”
Kemudian, penyelidikan tentera mengakui bahawa peluru hidup digunakan dan dalam beberapa kes para askar yang terlibat telah menggunakan “kekerasan berlebihan.”
Turki menjalankan autopsi terhadap sembilan aktivis yang ditembak mati di Mavi Marmara kerana cuba untuk memberikan bantuan ke Gaza beberapa minggu yang lalu juga menunjukkan bahawa jumlah korban yang mati ditembak beberapa kali di kepala dari jarak dekat sebagai sebahagian daripada dasar Israel “pastikan mati”.
Pasukan keselamatan Israel telah menjadi terbiasa kebal undang-undang (impuniti) ketika melakukan pembunuhan ke atas warga Palestin dalam situasi yang meragukan.
“Kami mahu siasatan bebas ke atas pembunuhan suami saya. Kami tidak mahu pasukan keselamatan Israel menyiasat sendiri,” kata Julani.
Sejak penembakan Zia pegawai keselamatan Israel telah menangkap saksi yang merakam kejadian pembunuhan dan peralatan rakaman mereka disita. Rakaman kamera jalanan juga telah dihapuskan.
Oleh: Mel Frykberg (ipsn)