Israel Semakin Hampir Merobohkan Masjid Al Aqsa

Yayasan Aqsa untuk Warisan dan Amal (AFEH) mengatakan bahawa pihak berkuasa penjajah Israel (IOA) sedang giat melakukan penggalian baru di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, di wilayah yang dikenal dengan nama Kolam Sultan.

Dalam kenyataan yang diterbitkan pada Selasa (25/5), AFEH mengatakan IOA mendakwa telah menemui “barang peninggalan” dari era “kuil kedua” dan oleh kerana itu mereka meneruskan aktiviti penggalian.

al qudsYayasan tersebut mengatakan, IOA mengendalikan kawasan tersebut sejak tahun 1948 dan menghancurkan sebahagian kawasan itu, Israel bahkan mengubah kolam itu sendiri menjadi taman umum dan teater terbuka.

Menteri Wakaf di Gaza, Dr. Taleb Abu Shaar, mengecam penggalian yang dilakukan IOA, beliau mendesak para penduduk Palestin, Arab, dan Islam untuk melakukan desakan bagi menghentikan kejahatan Israel terhadap sejarah Arab dan Islam di Jerusalem.

Yehiel Zelinger, arkeologi Israel yang bertanggung jawab atas penggalian tersebut, pada 11 Mei lalu mengatakan bahawa mereka menemui sesuatu yang luarbiasa. Pasukan penggali Israel mendakwa menemukan bahagian-bahagian dari jambatan dan peninggalan yang mengalirkan air ke kuil dalam period “kuil kedua.”

Menurutnya, ketika itu diperkirakan ada 50,000 Yahudi yang kembali dari pengasingan di Babilon dan “membangun kuil kedua” di atas “kuil pertama” yang hancur.

“Kami betul-betul menggali peninggalan di sini, yang menghubungkan Betlehem hingga ‘kuil’,” kata Zelinger dalam penggalian yang disebutnya sebagai “penggalian penyelamatan” dan dimulai dua minggu sebelumnya.

Penggalian Israel di Silwan, berhampiran dengan penempatan 55,000 penduduk Palestin, yang dijajah Israel bersama Jerusalem Timur pada 1967, bahkan telah dijadikan objek pelancongan. Silwan saat ini merupakan salah satu lokasi “panas” kerana terjadi perbalahan antara hak-hak penduduk asli Palestin dan perancangan penjajah Israel.

Gerakan Hamas pada awal Mac lalu menyerukan kepada negara-negara Arab dan Muslim untuk mendesak Israel yang semakin meningkatnya usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa. Hamas juga menyeru kepada dunia antarabangsa untuk memaksa Israel menghentikan penjajahan terhadap tanah Palestin serta tempat-tempat suci.(smc/dn/pi/gd/sm)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts