NAZARETH, 5 Disember – Kebakaran hutan besar yang melanda Gunung Karmel di Haifa telah menyebabkan kerugian yang besar yang mungkin mencapai USD454 juta, demikian laporan sumber media Israel pada hari Ahad (5/12).
Akhbar harian Ma’ariv mengatakan bahawa jumlah tersebut tidak meliputi semua kerosakan langsung dan tidak langsung akibat dari kemarakan api yang besar.
Tabung Nasional Yahudi (JNF) melaporkan bahawa api telah memusnahkan 12,000 hektar hutan, sekitar lima juta pokok yang melibatkan hampir daripada setengah kawasan hutan Karmel. Pejabat JNF mengatakan ianya akan mengambil puluhan tahun untuk memulihkan kawasan tersebut.(PNN)