Keluarga Gaza berbuka puasa di pantai kerana cuaca panas dan krisis elektrik

GAZA, 12 Jun 2016 (Maan) — Dalam keadaan krisis bekalan elektrik yang berterusan, sebahagian keluarga Gaza berbuka puasa di pantai untuk mengatasi cuaca panas dan kegelapan malam.

“Tanpa sebarang perancangan dan persiapan, isteri saya mencadangkan supaya kami membawa makanan ke pantai kerana tiada bekalan elektrik ketika waktu berbuka puasa,” kata Muhammad Salim dari kem pelarian al-Shati di utara wilayah yang terkepung itu.

Seperti mana beberapa keluarga lain, Salim dan lima ahli keluarganya bergerak ke pantai di Sheikh Ijlein di selatan Kota Gaza. Sekiranya tidak mengalami masalah kenderaan, keluaraga Salim mungkin akan berbuka puasa di pantai setiap hari kerana tidak tahan dengan cuasa panas di dalam rumah.

“Kadang-kadang kami susah hendak tidur, jadi kami terus berada di pantai sehingga larut malam,” kata Salim.

Penduduk Gaza yang kini berjumlah 1.9 juta orang memerlukan bekalan elektrik sebayak 380 Megawatts. Namun mereka hanya menerima 200 Megawatts dari janakuasa di Gaza dan juga rangkain bekalan dari Mesir dan negara haram Zionis.

Mereka hanya mendapat bekalan pada setiap pusingan 8 jam. Ada kawasan yang mendapat bekalan dari jam 7 pagi hingga 3 petang, manakala kawasan lain mendapat bekalan dari jam 3 petang hingga 11 malam, dan kawasan dalam kumpulan ketiga mendapat bekalan dari jam 11 malam hingga 7 pagi.

Hampir seluruh wilayah Gaza terputus bekalan elektrik selama beberapa hari pada bulan April lalu kerana kerosakan bekalan dari Mesir.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts