Rabithah Ulama Palestin mengucapkan tahniah kepada penduduk Mesir atas kejayaan mereka menjatuhkan “regim kezaliman dan ketidakadilan di Mesir” yang dipimpin oleh bekas presidennya yang digulingkan iaitu Hosni Mubarak. Dalam masa yang sama, Rabitah Ulama Palestin mendesak kerajaan baru untuk melakukan perubahan dengan lebih serius kearah mewujudkan Mesir yang lebih baik.
“Para ulama dari Palestin sentiasa bersama warga Mesir selama hari kebangkitan rakyat Mesir melaksanakan revolusi. Kebangkitan rakyat dari semua peringkat masyrakat, para pekerja, saintis, ahli politik, pemuda, wanita dan orang tua, sehingga Allah membolehkan rakyat Mesir menggulingkan rejim, demikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rabithah Ulama Palestin.
Rabithah Ulama Palestin menyeru kepada kerajaan baru untuk melihat warga Gaza sebagai saudara anda semua dan menamatkan pengepungan tidak adil yang sedang berlaku di Gaza, dan membuka kembali sempadan Rafah.
“Musuh kami, musuh dari Mesir, dan musuh dari orang-orang Arab dan Muslim dan orang-orang yang baik di dunia adalah Zionis,” (pic)