Kesatuan Eropah Berbincang Untuk mengiktiraf Negara Palestin Dalam Masa Setahun

STRASBOUG, 14 Disember – Perwakilan Kesatuan Eropah akan berbincang pada hari Isnin (13/12) kemungkinan untuk mengiktiraf negara Palestin di sepanjang sempadan tahun 1967, sekiranya perjanjian damai gagal tercapai dalam masa satu tahun.

Sumber di Kementerian Luar Negeri Palestin mengatakan pembahasan akan berpusat pada rancangan resolusi yang disiapkan oleh Jerman untuk mengakui negara Palestin jika dalam satu tahun masih tiada kesepakatan antara Israel-Palestin.

Resolusi itu menyatakan Israel bertanggung jawab atas “kegagalan komunikasi” dengan Palestin dan menolak untuk membekukan penempatan.

Azam al-Ahmed dari Jawatankuasa Pusat Fatah mengatakan bahawa pengakuan Kesatuan Eropah akan “membantu” dalam mendorong negara-negara lain untuk mengambil langkah yang sama dan memudahkan sebahagian daripada keputusan yang dikemukakan di Majlis Keselamatan PBB.

Setidaknya 130 dari 192 negara anggota PBB telah mengakui sebuah negara Palestin sejak 1988, ketika itu Presiden Yasser Arafat mengisytiharkan kemerdekaannya pada persidangan Liga Arab di Algeria. Sebahagian besar negara mengiktiraf iaitu di Asia, Afrika, dan Timur Tengah, termasuk India, China, dan Rusia. Yang menjadi penghalang pengiktirafan tersebut dan menebelahi Israel adalah dari Eropah Barat dan Amerika Utara, serta Australia.

Pengakuan terbaru oleh Brazil dan Argentina telah menghidupkan kembali perbincangan tentang resolusi PBB menyatakan negara Palestin di sepanjang sempadan tahun 1967. (pnn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts