BEIT LAHM, 19 Julai 2016 (Maan) — Aktivis dan penduduk Palestin berhadapan dengan risiko dihukum penjara apabila parlimen Zionis, atau lebih dikenali sebagai Knesset, meluluskan undang-undang meningkatkan hukuman atas kesalahan merosakkan atau memijak bendera Zionis, atau apa-apa yang disifatkan sebagai “tindakan menghina” bendera tersebut.
Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak 58,400 shekel (RM60,090), di samping dibatalkan hak bagi mendapatkan kemudahan rawatan kesihatan, bantuan pengangguran dan biasiswa pendidikan tinggi.