Istanbul – Pada 22-23 Mei 2009, Turki telah terpilih menjadi tuan rumah Konferensi Antarabangsa Untuk Membantu Palestin. Bandaraya Istanbul yang terkenal dengan peninggalan sejarah ini, menjadi tempat bertemunya kembali para aktivis dan penggiat kemanusiaan yang anti penjajahan yang datang dari pelbagai belahan dunia.
Sekitar tiga ratus peserta hadir dalam konferensi antarabangsa ini. Mereka mewakili puluhan lembaga. pertubuhan dan yayasan kemanusiaan dari pelbagai negara. Sebahagian pertubuhan tersebut berasal dari negara-negara Arab seperti Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Jordan, Syria, Moroko, Sudan, Mesir, Bahrain, Qatar, Yaman, Kuwait, Uni Emirat Arab, Oman dan sebagainya. Turut hadir jua adalah wakil-wakil yang datang dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Britain, Afrika dan Asia seperti Indonesia dan Malaysia, dan tentu saja Turki sebagai tuan rumah.
Di antara objektif terpenting Konferensi ini tidak lain adalah untuk mengkordinasikan hubungan dan kerjasama antara lembaga dan pertubuhan yang bekerja untuk membantu rakyat Palestin sehingga kerja-kerja dan bantuan itu dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan tepat sasaran. Juga, perlunya pemetaan permasalahan terpenting dan darurat seperti permasalahan air, kekurangan makanan, tingkat masalah kesihatan dan permasalahan-permasalahan lainnya agar menjadi prioriti nombor satu untuk diberikan bantuan.
Konferensi tersebut telah diadakan di Kaya Ramada Hotel, telah dirasmikan oleh Dr. Ishom Basyir, Mantan Menteri Agama Sudan dan pendiri Jamiyyah Wasathiyah. Turut hadir memberikan sambutan dalam acara pembukaan, Ketua Harokah Islamiyah Palestin Syekh Raid Sholah, Ketua Persatuan Ulama Dunia Dr. Yusuf Al Qardhawi dan aktivis kemanusiaan Gretta Duisenberg. (hre)