Kongres Amerika dan Parlimen Zionis bersama sambut “penyatuan” kota al-Quds

BEIT LAHM, 8 Jun 2017 (Maan) — Dalam majlis terkini menyambut “penyatuan” kota al-Quds, Parlimen Zionis dan Kongress Amerika Syarikat mengadakan siaran secara langsung bersama di mana barisan pemimpin Zionis dan Amerika merayakan sejarah penjajahan dan menyanjungi kuasa mereka ke atas al-Quds Timur.

Peristiwa Perang Enam Hari yang bermula pada 5 Jun 1967 menyaksikan tentera Zionis menduduki Tebing Barat, termasuk al-Quds Timur, dan juga wilayah Gaza, Bukit Golan di Syria serta Semenanjung Sinai di Mesir. Lebih 300,000 penduduk Palestin dan Syria diusir menjadi pelarian.

Speaker Parlimen Zionis, Yuli-Yoel Edelstein, dalam ucapannya berkata bahawa hanya kedaultan “Israel” yang boleh menjamin kota suci itu terus berada dalam keadaan terbuka, bebas dan selamat untuk semua agama. Pada hakikatnya kebebasan di al-Quds, bahkan sebahagian besar wilayah Tebing Barat, hanya diberikan kepada kaum Yahudi. Sebaliknya penduduk asal Palestin tidak dibenarkan memasuki kota al-Quds tanpa mendapat kebenaran tentera, jelas menunjukkan ianya sangat jauh daripada “keterbukaan dan kebebasan” yang dilaung-laungkan.

Edelstein turut menyanjung sejarah Amerika, dengan berkata bahawa Amerika dtelah diduduki oleh pendatang yang membentuk masyarakat yang adil berdasarkan kepada nilai yang dibawa oleh Nabi-Nabi Yahudi ribuan tahun lalu. Beliau langsung tidak menyentuh bagaimana lebih 20 juta penduduk asal Amerika dibunuh dan dihalau ketika pendatang Eropah menyerang dan kemudian menduduki benua tersebut.

Dalam majlis tersebut, Benjamin Netanyahu sekali lagi menyatakan bahawa al-Quds adalah ibu kota abadi yang disatukan bagi negara Yahudi.

Konvensyen ke-4 Geneva mengharamkan rejim Zionis memindah penduduknya ke al-Quds Timur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts