Konvoi bantuan Afrika akan menuju ke Gaza

Konvoi darat bantuan kemanusiaan daripada Afrika akan menuju ke Gaza bulan depan. Konvoi yang pertama kali diusahakan dari benua Afrika ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesengsaraan yang sedang dilalui oleh penduduk Palestin akibat kekejaman rejim Zionis Israel.

Menurut laporan PressTV, konvoi ini dianjurkan oleh Yayasan al-Quds yang berpengkalan di Afrika Selatan. Inisiatif ini disokong oleh berbagai pertubuhan kebajikan dan masyarakat awam Afrika.

Mereka akan berlepas dari Cape Town di Afrika Selatan pada minggu terakhir bulan Jun 2011. Konvoi ini dijangka melalui beberapa negara termasuk Zimbabwe, Zambia, Malawi, Tanzania, Kenya, Uganda, Sudan dan Mesir.

Rejim pengganas Israel mengenakan sekatan secara haram ke atas Gaza sejak tahun 2006. Misi bantuan kemanusiaan sebelum ini secara umumnya dihalang memasuki ke Gaza, mengakibatkan krisis kekurangan bekalan dan kemudahan asas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts