Krisis Bekalan Ubatan di Gaza Kritikal

Nablus, 15 Jun – Sebuah pusat kajian tahanan dan hak asasi manusia, Pusat Ahrar telah menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pengerusi WHO untuk segera campur tangan dalam menyelesaikan krisis perubatan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza.

Fuad Al-Khafsh, pengarah pusat itu, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu melaporkan mengenai krisis perubatan di Gaza  yang harus diselesaikan segera dengan apa cara sekalipun.

Beliau berkata usaha ini mendesak untuk memenuhi keperluan perubatan rakyat di Gaza dan ianya adalah salah satu hak asasi kemanusiaan. Beliau juga mengingatkan bahawa dalam perisytiharan sejagat terhadap hak asasi manusia menyatakan bahawa setiap manusia berhak untuk mendapatkan taraf hidup yang baik dengan jaminan taraf kesihatan dan kebajikan yang baiknya untuknya dan untuk keluarganya.

Semua undang-undang antarabangsa telah menetapkan bahawa hak setiap manusia adalah memiliki penjagaan kesihatan yang sempurna, katanya lagi, sambil menambah bahawa masyarakat dunia secara umum dan WHO khususnya bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan ubatan memandangkan keperluan tersebut amat mendesak di Gaza. PIC

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts